“If the earth were a single state, Istanbul would be its capital.”
– Napoleon Bonaparte
Keindahan kota bersejarah ini bukan sahaja di akui oleh Napoleon, malah ramai pemimpin dunia yang mengagumi keindahan kota ini. Banyak kelebihan yang ada pada Istanbul yang tidak ada pada bandar lain. Istnabul merupakan salah satu bandar didunia yang meliputi dua benua iaitu benua eropah dan benua asia.
Bandar ini mempunyai sejarah ketamadunan manusia yang panjang bermula dari zaman Greek purba, Rom Byzantine sehinggalah Uthmaniyyah menjadikannya kaya dengan sejarah yang penting terutamanya bagi umat islam setelah Kerajaan Uthmaniyyah yang pernah menjadi kerajaan terhebat dunia dan akhirnya jatuh.

Bagaimana Istanbul Mempunyai Dua Benua?
Istanbul merupakan salah satu daripada 81 buah wilayah yang ada di Turkiye. Istanbul pula terbahagi kepada dua iaitu Istanbul bahagian eropah dan istanbul bahagian asia. Kedua dua benua ini dipisahkan oleh sempadan semulajadi iaitu selat Bhosphorus. Bahagi kiri adalah bahagian eropah manakala bahagian kanan adalah asia.
Constantinople adalah istanbul?
Nama Constantinople digunakan secara rasmi semasa pemerintahan Empayar Byzantine dari tahun 330 Masihi (ketika Maharaja Constantine Agung menjadikannya ibu kota Rom Timur) hingga kejatuhannya kepada Empayar Uthmaniyyah pada 1453.
Selepas penaklukan oleh Sultan Mehmed II, nama rasmi dalam dokumen Uthmaniyyah adalah Konstantiniyye, tetapi nama Istanbul juga digunakan secara meluas dalam kehidupan harian.
Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai polisi ketika mereka menakluki satu kawasan baharu, mereka tidak akan mengubah nama kawasan itu melainkan menyebut dengan dialek bahasa Turki. Selain dari Kostantinyye, orang ramai ketika itu menggelarkan bandar ini dengan pelbagai nama seperti ‘Islambol’ dan ‘Istanbul’.
Old Istanbul: Warisan Sejarah yang Tidak Dilupakan
Old Istanbul, atau juga dikenali sebagai “Istanbul Lama”, merangkumi kawasan bersejarah yang masih mengekalkan keasliannya. Kawasan ini meliputi daerah Sultanahmet, Eminönü, dan Fatih, di mana pelancong dapat merasai suasana zaman lampau dengan berjalan kaki di lorong-lorong batu yang dikelilingi oleh bangunan berusia berabad-abad.
Beberapa mercu tanda utama Old Istanbul termasuk:
- Dinding Kota Konstantinopel: Dibina pada abad ke-5 oleh Maharaja Theodosius II, dinding pertahanan ini melindungi kota daripada pencerobohan selama berabad-abad.
- Basilica Cistern: Tangki air bawah tanah yang dibina pada zaman Byzantine dengan tiang-tiang marmar yang megah.
- Grand Bazaar: Pasar tertua di dunia yang telah wujud sejak abad ke-15 dan masih menjadi pusat perdagangan yang sibuk.
- Süleymaniye Mosque: Masjid indah yang dibina oleh arkitek terkenal Mimar Sinan pada abad ke-16.

Melawat Old Istanbul seolah-olah mengembara ke masa lalu, menyaksikan keagungan dan keindahan seni bina serta budaya yang masih dipelihara dengan baik hingga ke hari ini.
Jambatan Antara Dua Dunia
Salah satu simbol utama Istanbul adalah Selat Bosphorus, yang memisahkan bahagian Eropah dan Asia di bandar ini. Dengan menaiki feri merentasi selat ini, anda boleh menyaksikan pemandangan bandar dari perspektif yang berbeza.


Terdapat juga dua jambatan utama d Istanbul, iaitu Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet, yang menghubungkan kedua-dua bahagian bandar ini.
Di sebelah Eropah, kawasan Sultanahmet terkenal dengan monumen bersejarah, manakala Taksim dan Istiklal Caddesi menawarkan pengalaman moden dengan pusat membeli-belah dan hiburan yang meriah. Di sebelah Asia pula, kawasan seperti Kadiköy dan Üsküdar memberikan suasana lebih santai dengan kedai-kedai tempatan dan pemandangan indah menghadap laut.
Makanan Tradisional yang Menggoda Selera
Tidak lengkap percutian ke Turki tanpa mencuba makanan tradisionalnya yang kaya dengan rempah dan rasa. Kebab Turki yang terkenal boleh didapati di hampir setiap sudut bandar, manakala Baklava, sejenis pastri manis berlapis dengan kacang dan madu, sangat popular bagi pelancong yang hadir ke Turki. Jangan lupa untuk mencuba teh Turki yang dihidangkan dalam gelas kecil serta kopi Turki yang pekat dan beraroma kuat.

Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan laut segar, restoran-restoran di tepi Selat Bosphorus menawarkan pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang dimasak dengan gaya Turki yang unik. Selain itu, simit, roti berbentuk cincin yang disaluti bijan, merupakan snek yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pelbagai restoran menarik yang para pelancong boleh kunjungi semasa di istanbul. Klik sini untuk melihat senarai restoran yang menarik dan patut dilawati semasa melawati di bandar ini.
Populasi di Istanbul
Kepadatan penduduk di bandar ini adalah yang tertinggi di eropah. Istanbul mencatatkan populasi sebanyak 15 juta pada tahun 2019 sekaligus menjadi bandar paling padat di eropah.
Jabatan statistik Turki merekodkan kepadatan penduduk di Istanbul ialah sebanyak 2523 orang untuk satu kilometer persegi.
Walaupun dengan kepadatan penduduk yang ramai, ibu negara turki ini masih lagi mengekalkan kecantikan dan kebersihan bandarnya. Usaha dari kerajaan tempatan untuk mengekalkan kebersihan dan kecantikan Istanbul dapat dilihat dengan kemudahan dan perkhidmatan kebersihan yang cekap dan sistematik.
Banyak perkara yang boleh diceritakan mengenai keunikan bandar yang penuh sajarah ini. Dari penduduknya, makanan, tempat menarik dan sebagainya. Bandar yang telah melihat kebangkitan dan kejatuhan empayar-empayar besar dunia suatu ketika dahulu. Keunikan ini hanya boleh dirasai kalau anda berada di Istanbul dan mengalami sendiri tarikan Istanbul ini.
Jika anda bercadang untuk kesini, adalah lebih bagus jika anda membuat sedikit kajian mengenai harga pakej dan musim yang sesuai untuk pergi. Klik Disini untuk melihat semua musim yang sesuai anda lawati !