Cappadoccia : Umpama pengembaraan cerita dongeng

“Cappadocia — tempat di mana langit bercerita dengan warna-warna belon udara, bumi berbisik melalui gua-gua purba, dan setiap langkah adalah helaian kisah dongeng yang hidup.”

Acap kali apabila kita bercakap mengenai Turki mesti yang terlintas di fikiran kita adalah belon udara panas yang berlegar-legar di ruang udara Cappadoccia. Cappadoccia semestinya menjadi destinasi impian bagi pelancong yang menggemari keindahan alam, sejarah purba, dan pengalaman luar biasa. Jom kita kenali Cappadoccia dengan lebih rapat lagi.

Dikenali dengan landskap berbatu yang luar biasa, kota bawah tanah, serta belon udara panas yang memenuhi langit, Cappadocia menjadi destinasi yang seolah-olah diambil dari dunia lain. Setiap sudutnya menawarkan panorama yang menakjubkan, menjadikannya lokasi kegemaran jurugambar dan pencinta alam. 

Pemandangan belon udara daripada daratan. Jika berpeluang menaiki jeep safari, saya galakkan bagi mendapatkan pengalaman dari perspektif yang berbeza

Formasi Batu Ajaib “Fairy Chimneys”

Antara salah satu tarikan utama Cappadocia ialah formasi batu unik yang dikenali sebagai “Fairy Chimneys” atau cerobong dongeng. Fenomena alam ini terbentuk melalui proses hakisan selama ribuan tahun dahulu, menghasilkan pemandangan yang menakjubkan dan sukar dilupakan.

Pemandangan ini memberikan ilusi seolah-olah anda berada di planet lain, menjadikan kawasan ini sangat ikonik dalam jika anda kesini.

Pemandangan formasi batu semula jadi daripada atas sebuah bukit
Bergambar berlatar belakangkan Fairy Chimneys

Lembah-lembah Indah di Cappadocia

Selain Fairy Chimneys, Cappadocia juga memiliki pelbagai lembah yang indah seperti Rose Valley, Love Valley, dan Pigeon Valley. Setiap lembah mempunyai ciri unik yang tersendiri – dari warna kemerahan di Rose Valley, formulasi batu menyerupai hati di Love Valley, hingga rumah-rumah burung purba di Pigeon Valley. Destinasi ini sesuai untuk aktiviti fotografi sambil menikmati pemandangan matahari terbit atau terbenam yang menakjubkan. Pengunjung juga boleh menerokai gua-gua kecil yang tersembunyi, menikmati keheningan alam semula jadi, serta merasai pengalaman mendaki di antara formasi batuan unik yang  menjadikan setiap lembah sebagai tempat yang penuh dengan keindahan dan misteri.

Gunung Erciyes: Keajaiban Alam di Sempadan Cappadocia

Gunung Erciyes merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan merupakan gunung berapi tertinggi di Anatolia Tengah. Erciyes juga merupakan salah satu keajaiban alam yang terletak berhampiran Cappadocia dan menjadi salah satu tempat pelancongan bagi mengalami pengalaman bermain ski semasa musim sejuk. Dengan ketinggian lebih daripada 3,900 meter, Erciyes bukan sahaja menawarkan pemandangan menakjubkan tetapi juga menjadi lokasi popular bagi aktiviti sukan musim sejuk seperti ski dan snowboarding.

Puncak Erciyes boleh dilihat daripada jauh jika anda berada di tempat yang tinggi. Jika musim sejuk, anda juga boleh melihat “Snow Cap” di atas puncak Erciyes dan saranan saya untuk mengambil gambar dengan banyak kerana jika kena pada tempat yang sesuai anda akan dapat melihat puncak ini bersama pemandangan muka bumi Cappadoccia yang menggambar keseluruhan keindahan Cappadoccia.

Gambar dirakam ketika saya berada di sebuah restoran kita berhenti makan tengahari. Puncak Erciyes boleh dilihat jelas dari aras ini bersama bentuk muka bumi cappadoccia yang menarik.

Saya kongsikan salah satu gambar yang sempat saya rakam semasa disana. Jarak dari tempat saya berhenti ini ke Erciyes adalah sekitar 45 minit perjalanan.

Bersama-sama peserta Trip yang saya bawa. Gambar dirakam ketika kami berada di puncak Gunung Erciyes.

Bagi yang berumur, jangan risau jika anda tidak dapat naik ke puncak kerana disini juga ada disediakan perkhidmatan Cable Car untuk memudahkan para pelawat. Jarak daripada bawah untuk naik keatas menggunakan Cable Car hanya sekitar 10minit satu perjalanan.

Cable Car disini boleh memuatkan 6 orang dewasa. Selain itu, cable car ini juga digunakan bagi pelawat yang hendak bermain ski untuk naik ke atas sebelum mereka menuruni gunung menggunakan ski yang disewa di bawah. Bagi menggunakan perkhidamatan Cable Car, anad boleh membeli tiket di kaunter terlebih dahulu.

Semasa beratur sebelum menaiki Cable Car

Kota Bawah Tanah

Cappadocia juga terkenal dengan kota bawah tanahnya yang mengagumkan seperti Derinkuyu dan Kaymakli. Kedua-dua kota ini dijadikan sebagai tempat perlindungan daripada serangan musuh oleh masyarakat purba dahulu. Dengan terowong yang bersambung-sambung , bilik penyimpanan, tempat ibadah, dan sistem pengudaraan yang kompleks, kota bawah tanah ini menjadi simbol kepada kecerdikan tamadun silam dalam menghadapi cabaran alam dan peperangan.

Kota bawah tanah ini buka sahaja menjadi tempat tinggal bagi manusia tetapi juga menjadi sebuah tempat yang serba serbi cukup termasuk binatang ternakan untuk dijadikan sebagai makanan harian mereka.

Carta menenjukkan bagaimana kota bawah tanah ini berfungsi

Bagi yang meminati sejarah peradaban manusia, kota ini sangat menarik untuk di kaji dan mengetahui bagaimana manusia zaman dahulu meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang teknologi canggih seperti hari ini.

Avanos Bandar Tembikar

Aavanos adalah sebuah bandar kecil yang terkenal dengan seni tembikar tradisional dan Sungai Kızılırmak yang indah. Disini kita boleh dapatkan pelbagai jenis tembikar-tembikar yang menarik.

Masyarakat disini juga mempunyai satu adat iaitu seorang lelaki bujang perlulah mahir dalam pembuatan tembikar tanah liat sebelum dibolehkan untuk berkahwin. Bermakna, setiap daripada lelaki disini mahir dalam pembuatan tembikar dan tidak hairanlah kawasan ini menjadi kawasan yang sangat mashyur dengan pembuatan tembikar.

Demo pembuatan tembikar semasa lawatan ke kilang tembikar

Jika melawat kesini, saya cadangkan kepada anda untuk membeli sedikit buah tangan dari sini untuk dubawa balik kerana keunikan seni tembikar disini tidak boleh didapati dari tempat-tempat lain.

Cara-cara membuat tembikar

Belon Udara Panas: Pengalaman yang Tidak Dilupakan

Salah satu aktiviti paling ikonik di Cappadocia ialah menaiki belon udara panas. Setiap pagi, ratusan belon berwarna-warni memenuhi langit ketika matahari terbit, memberikan pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dari atas, pengunjung dapat melihat landskap berbatu, lembah-lembah luas, dan perkampungan kecil yang tersebar di seluruh wilayah ini. Pengalaman ini sering dianggap sebagai aktiviti wajib bagi sesiapa yang mengunjungi Cappadocia.

Pemandangan dari atas belon udara panas

Keunikan Makanan di Aksaray

Aksaray, yang terletak berhampiran Cappadocia, terkenal dengan keunikan kulinari yang memikat selera. Antara hidangan tempatan yang popular termasuk:

andir Kebab – Daging kambing yang dimasak perlahan dalam oven tanah liat sehingga empuk dan berperisa kaya.

Çiğ Köfte – Makanan tradisional yang diperbuat daripada daging mentah, bulgur, dan rempah khas, diuli hingga sebati.

Sarımsaklı Pilav – Nasi berperisa bawang putih yang sering dihidangkan bersama daging panggang.

Katmer –  Pastri nipis yang diisi dengan pistachio dan krim, memberikan rasa manis yang lembut dan enak.

Terdapat pelbagai lagi kepelbagaian makanan di Turki ini, dan setiap tempat mempunyai keunikan makanan yang tersendiri. Boleh baca Di sini artikel mengenai restoran yang menarik untuk dilawati ketika melawati negara turki.

Penutup

Cappadocia bukan sekadar destinas biasa, tetapi sebuah tempat yang menawarkan keajaiban alam, sejarah yang menakjubkan, dan pengalaman yang unik. Dari belon udara panas yang melayang di langit berwarna-warni hingga kota bawah tanah yang penuh misteri, setiap sudut Cappadocia mempunyai daya tarikannya tersendiri. Dengan pelbagai aktiviti menarik, warisan budaya yang kaya, serta pengalaman gastronomi yang memikat, Cappadocia sememangnya destinasi yang menjanjikan kenangan manis bagi setiap pelancong yang berkunjung ke sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *