Istanbul, salah satu bandar utama bagi Negara Turki. Kawasan yang mempunyai empat musim ini adalah destinasi pelancongan sepanjang tahun yang sangat menarik. Terdapat banyak tempat menarik di Istanbul, Turki yang anda boleh lawati.
Pelbagai daya tarikan, kesenian serta kebudayaan yang ditonjolkan bukan sahaja melalui keindahan tempat, malah masyarakat tempatan di bandar ini turut mempunyai keistimewaan dan warna yang tersendiri.
7 Tempat Menarik di Istanbul, Turki Wajib Singgah
Kami kongsikan kepada anda beberapa tempat yang wajib anda kunjungi apabila datang Melancong ke Istanbul.
1. Muzium Hagia Sophia
Muzium Hagia Sophia mempunyai fakta dan certita yang sangat menarik. Bangunan ini telah dibina pada tahun 537 sebelum masihi. Hagia Sophia pada mulanya adalah sebuah gereja kristian ortodox sehingga tahun 1453 dan akhirnya digunakan sebagai sebuah masjid. Namun bermula pada tahun 1935, masjid ini telah dijadikan sebagai muzium.
Hagia Sofia diiktiraf sebagai khazanah arkitek Byzantine atau lebih dikenali sebagai orang Rom yang masih wujud sehingga ke hari ini. Menariknya adalah anda akan melihat gabungan senibina dan corak yang mengandungi elemen Islam dan juga Kristian yang dipamerkan di dalam bangunan muzium ini. Muzium ini sering dikunjungi oleh pelawat setiap hari setiap musim.
Jika anda ingin datang ke muzium ini, ada baiknya anda datang seawal pagi kerana dalam masa yang singkat, barisan untuk masuk ke muzium sangat panjang.
2. Masjid Biru
Masjid ini dibina pada abad ke 17. Nama lain bagi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmed yang telah menjadi Sultan seawal umurnya 14 tahun. Masjid ini dinamakan Masjid Biru kerana diambil dari ciri-ciri seramiknya yang berwarna biru. Jika anda mengenali warna ‘turquoise’, ia sebenarnya mewakili warna biru daripada masjid ini.
Masjid ini merupakan lambang kekuatan Islam dalam pembinaan bangunan secara geometri dan kaligrafi dan merupakan salah satu tempat menarik di Istanbul yang wajib dilawati. Sehingga hari ini, masjid ini masih lagi digunakan oleh muslim untuk menunaikan kewajipan mereka untuk beribadat. Semasa memasuki kawasan dalaman bangunan, anda akan dipastikan oleh penjaga tempat ini untuk berpakaian mengikut garis panduan mereka.
Setiap pelancong yang datang ke Istanbul adalah di alu-alukan untuk melawat masjid penuh bersejarah ini.
3. Istana Topkapi
Istana ini dibina pada pertengahan abad ke 15, dan awalnya dibangunkan untuk bertujuan sebagai pusat pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Istana ini juga dikenali sebagai Seraglio. Pelancong datang ke tempat ini kerana ingin melihat sendiri peninggalan Istana yang pernah menjadi tempat kediaman Rasmi Sultan Utsmaniyah selama 600 tahun.
Bermula pada April 1924, istana megah ini mula dijadikan sebagai muzium, dan diiktiraf sebagai salah satu Wilayah Bersejarah Istanbul. Ambil masa untuk berjalan dan melihat sendiri persekitaran dalam istana ini dan anda akan melihat banyak seksyen, perabot dan juga kemudahan istana lama yang masih dipamerkan termasuk senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Sultan. Terdapat juga bahagian dalam bangunan ini yang menyimpan harta Sultan seperti barang kemas dan berlian.
Di tempat ini pastinya anda akan terpesona dengan seni bina arkitek dan sejarah Istana ini.
4 Hippodrome Of Constantinople
Tempat ini dibuka kepada orang awam dan tidak mempunyai sebarang bayaran masuk. Mercu tanda yang didirikan di tempat ini sentiasa padat dengan pengunjung.
Ia adalah salah satu monumen terbaik dan tempat menarik di istanbul yang boleh anda lawati ketika bercuti ke Turki. Ketika bulan puasa, ribuan orang ramai akan duduk, membawa makanan dan minuman sendiri di sepanjang jalan untuk berbuka puasa.
5. Grand Baazar
Sebelum meninggalkan Negara Turki, anda pastinya ingin mencari sesuatu untuk dibawa pulang. Ketika berada di Istanbul, tidak sah jika anda tidak mengambil kesempatan untuk melawat Grand Baazar. Tempat menarik di Istanbul ini didirikan pada tahun 1461 dan menjadikannya sebagai salah satu dari tempat berjual beli tertua di dunia.
Tempat ini sentiasa sesak dengan kunjungan pelancong dari pelbagai negara. Di sini anda akan melihat banyak barangan tempatan yang dijual seperti kain fabrik, hasil seramik, kraftangan, cenderamata, rempah ratus, dan pelbagai jenis makanan tempatan. Jika anda bercadang untuk membeli cenderamata kenangan dari Turki, disinilah tempatnya.
6. Bosporus
Salah satu cara untuk melihat pemandangan terbaik Bandar Istanbul ialah dari Bosphorus Cruise. Dari kapal ini anda akan dapat melihat Modern Art Museum, Galata Tower termasuk Hagia Sophia, Istana Topkapi dan juga beberapa masjid yang indah.
Perjalanan ke laut untuk melihat pemandangan Istanbul akan melalui satu jambatan yang terkenal iaitu Galata. Pemandangan dari Cruise ini merupakan cara terbaik untuk anda melihat sendiri aktiviti masyarakat dan keindahan bandar Istanbul itu sendiri.
Sebaiknya, sebelum datang melawat ke beberapa tempat di Istanbul yang lain, Bosphorus Cruise adalah tempat pertama yang anda boleh pertimbangkan untuk anda datang kerana berada di kapal dan menyaksikan Istanbul dari tepi memberikan gambaran awal anda ke tempat-tempat yang anda bakal lawati.
7. Taksim Square
Alami kehidupan bandar di Istanbul dengan bersiar-siar di Taksim Square. Bagi anda yang suka dengan kehidupan di bandar, maka Taksim Square adalah tempat yang tepat untuk anda. Terdapat juga kawasan disini yang menarik untuk anda mencari pelbagai jenis makanan tempatan turki kerana ia dilengkapi dengan restoran ala bar dan lorong-lorong yang menjual makanan.
Di tengah Taksim Square juga berdirinya Monumen Republik, lambang kepada pengasas Turki.
Istanbul, Kota Penuh Sejarah Tarikan Dunia
Selain melawat ke tempat-tempat menarik, secara tidak langsung anda juga akan dapat mempelajari sejarah tempatan di Istanbul dan semestinya pengalaman untuk berada di tempat ini merupakan satu peluang yang anda tidak harus lepaskan.
Dua festival besar di Istanbul ialah Festivel Filem Antarabangsa Istanbul pada bulan April dan Istanbul Music Festival pada bulan Jun. Jika anda melawat Istanbul pada bulan April atau Jun, anda akan dapat meluangkan masa di dua festival terbesar di tempat ini.
Add a Comment