KLIA – DOHA – ISTANBUL – BURSA
Bertemu wakil kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk taklimat. Selamat datang ke Istanbul, bertemu dengan pemandu pelancong, teruskan ke Kilang Kulit dan nikmati pertunjukan fesyen kulit. Makan tengah hari dan bertolak ke Bursa, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Bursa.
PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA
Sarapan di hotel, kemudian bertolak ke Cappadocia. Persinggahan pertama di Konya untuk melawat Muzium Mevlana. Perjalanan diteruskan ke Cappadocia dengan singgah di Caravanserai, salah satu penginapan bersejarah yang digunakan pedagang di sepanjang Laluan Sutera. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.
CAPPADOCIA – ANKARA – ISTANBUL
Selepas sarapan, bertolak ke Ankara dan singgah di Tasik Garam. Jika masa mengizinkan, lawatan ke Makam megah yang dibina untuk memperingati Ataturk. Perjalanan diteruskan ke Istanbul dengan lawatan ke Dataran Taksim dan hentian bergambar di Menara Galata. Makan malam dan bermalam di Istanbul.