Pakej Bercuti ke Mesir

Pakej Melancong Ke Mesir – Alami Percutian Unik Penuh Sejarah Dan Tamadun

Memerlukan satu pakej yang memenuhi kepuasan percutian anda? Anda tidak sempat untuk membuat carian tempat-tempat yang menarik di Mesir? Inginkan kos melancong yang rendah? Semua itu kami telah ambil kira dan memberikan anda satu pakej Melancong ke Mesir / Egypt yang mampu milik!

 

Pakej Melancong Ke Mesir – Alami Percutian Unik Penuh Sejarah Dan Tamadun

Pakej Melancong Ke Mesir

Merancang percutian ke negara Mesir ini bukan satu hal yang mudah dan mungkin membuat anda pening kepala kerana memiliki banyak tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa pakej Melancong ke Mesir yang boleh anda pertimbangkan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk bercuti.

 

Pakej pelancongan Egypt ini direka khas bagi memudahkan perjalanan dan merealisasikan impian anda untuk melawat Mesir yang penuh dengan keindahan untuk anda terokai dan nikmati.

 

Pakej Mesir Egypt PiramidApabila sebut tentang Mesir atau Egypt, apa yang bermain di fikiran anda? Kami pasti perkara pertama yang terlintas adalah Piramid dan Firaun. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi yang masih boleh diterokai dengan pakej bercuti di Mesir yang ditawarkan oleh kami.

 

Mesir atau dalam bahasa ingeris Egypt terkenal dengan sejarah tertua di antara negara-negara. Mesir adalah sebuah negara yang menarik dan menjadi salah satu destinasi impian pelancong dari seluruh dunia. Keunikan mesir bukan sahaja terlihat daripada struktur dan monumen lama, tetapi ia juga mempunyai keunikan dari sejarah islam dan Firaun, kebudayaan dan juga kedudukan geografinya.

Kenali Kami Terlebih Dahulu

 

Kembara Istanbul (Mustaqim Travel and Tours Sdn. Bhd.) adalah sebuah agensi pelancongan yang terletak di  Seremban, Negeri Sembilan. Matlamat utama kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap orang yang ingin melancong ke Turki dan juga Pakej Melancong ke Mesir melalui beberapa pakej pelancongan yang kami tawarkan antaranya adalah pakej ke Mesir.

 

pakej ke Egypt MurahPengalaman adalah kekuatan utama kami dan pengalaman melancong anda yang berharga merupakan matlamat kami. Kami menyediakan empat jenis pakej pelancongan ke Mesir iaitu, 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam, 6 hari 5 malam dan 8 hari 7 malam. Kami telah menyusun pakej Mesir / Egypt kami dengan teliti bagi memberikan pengalaman yang unik dan bermanfaat sambil menikmati keselesaan percutian dan dapat diisi dengan kesemua tempat di Mesir yang telah kami pilih untuk anda.

 

Mungkin anda berfikir melancong dengan perjalanan sendiri lebih menarik namun tidak dapat dinafikan melancong dengan mengikuti pakej yang disediakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Setiap pelancong memiliki gaya dan keselesaan sendiri untuk berkunjung ke luar negara.

 

Merancang Lawatan Sendiri VS Mengambil Pakej Sedia Ada

Travel ejen atau backpackersRamai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan menelan kos yang lebih berbanding melancong secara sendiri atau “backpackers“. Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan Travel ejen. Dan tambahan lagi kami menawarkan harga yang agak kompetitif dan lebih murah berbanding DIY atau Backpacker.

 

Kepakaran dan pengetahuan yang luas

Ejen Pelancongan boleh memberikan anda tips dalaman dan nasihat, menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam untuk membantu merealisasi percutian impian anda. Selain itu, sesetengah ejen pelancongan telah merasai sendiri dan mempunyai pengalaman ke lokasi pelancongan yang diidamkan. Ini membolehkan ejen berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu tempat.

 

Harga yang berbaloi

Ejen pelancongan boleh memberikan harga yang berbaloi mengikut kepada jumlah anggaran belanjawan pengguna. Malahan, harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi kepada pengguna.

 

Keselamatan

Mengambil pakej pelancongan yang sedia ada menjamin keselamatan anda kerana disertai dengan pemandu pelancong bertauliah. Anda juga dilindungi oleh insuran berkelompok bergantung kepada pakej yang anda pilih. Selain itu, anda akan ditemani oleh ramai lagi rakan senegara yang melancong berserta dengan anda yang mengambil pakej yang sama, membolehkan anda untuk “keep on eye” antara satu sama yang lain.

 

Menjimatkan Masa

Melalui pakej pelancongan, masa persediaan anda akan dapat dijimatkan kerana kesemuanya sudah diatur dengan rapi. Merancang sendiri percutian tentu mengambil masa yang panjang kerana anda perlu mengambil berat tentang banyak hal seperi kos dan destinasi yang perlu anda pilih.

 

Keperluan Lengkap

Melalui Travel agen yang berdaftar, anda tidak lagi perlu risau tentang susunan jadual, pengangkutan, makan dan juga penginapan kerana semua diuruskan oleh agent dan ditambah pula Tour Guide berpengalaman membantu proses komunikasi diantara peserta dan juga orang setempat atau lokal.

 

Pakej Mesir EgyptPakej ke Mesir /Egypt dari Kembara Istanbul

Empat jenis pakej melancong ke Mesir / Egypt yang telah kami tawarkan adalah seperti berikut;

 

3 Hari 2 Malam Egypt / Mesir

Pakej 3 Hari 2 Malam ini kami tawarkan dengan tiga jenis keistimewaan seperti melawat beberapa tempat menarik di ibu kota Mesir iaitu Cairo di mana ada terdapat salah satu daripada tujuh keajaiban dunia purba. Selain dari itu, kita juga akan mempunyai pakej lengkap untuk melawat di tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh

 

4 Hari 3 Malam Egypt / Mesir

Pakej ini menawarkan tiga jenis keistimewaan salah satunya menikmati keindahan di kota kedua terbesar di Mesir iaitu Alexandria. Antara tempat menarik adalah di Biblioteka Alexandrina yang merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean. Dua lagi keistimewaan adalah melawat tempat menarik di Cairo dan tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh

Pakej Egypt Mesir

6 hari 5 Malam Egypt / Mesir

Pakej ini menawarkan tiga jenis keistimewaan antaranya melawat Kota Cairo, Kota Alexandria, Kota Faiyoom dan tempat menarik islamik. Kota Faiyoom merupakan tempat Nabi Yusuf tinggal ribuan tahun yang lalu.  Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk melawat Kampung pyronic untuk mengalami suasa pada zaman usia pyronic. –> Lihat Itinery Penuh

 

8 Hari 7 Malam Egypt / Mesir

Bagi anda yang ingin merasakan pengembaraan menggunakan Kereta Api untuk menjelajah tempat menarik di Mesir, pakej ini adalah khas untuk anda. Selain daripada itu anda juga berpeluang untuk belayar ke beberapa tempat untuk melawat beberapa tempat purba di Edfu dan Luxor. –> Lihat Itinery Penuh

Pakej mesir Winter

Apa Yang Anda Dapat Dengan Pakej Mesir / Egypt Kami

Kos yang anda bayar melalui empat pakej melancong ke Mesir / Egypt yang kami tawarkan merangkumi perkara berikut;

 

PENGINAPAN

Sepanjang tempoh lawatan ke Mesir, Penginapan kepada setiap peserta disediakan dengan hotel kelas 5, Kelas 4, Kelas 3 dan Ekonomi. Peserta akan dibawah menginap di hotel berkelas di Cairo, Aswan, Edfu, dan Luxor.

 

MAKANAN

Kesemua restoran yang dipilih adalah halal dan anda akan ditanggung makan di bawah pakej ini 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Salah satu tempat yang menarik adalah anda akan dibawa makan malam di salah satu restoran terapung di Sungai Nil.

 

PENGANGKUTAN

Perjalanan anda selama dalam pakej pelancongan kami ini menggunakan beberapa pakej pengangkutan peribadi MPV sehinggalah Bus Mercede 600 @500. Kos pengangkutan adalah ditanggung oleh pihak kami.

 

KHIDMAT PEMANDU PELANCONG

Sepanjang perjalanan kita akan disertai dengan pemandu pelancong professional yang boleh berbahasa English, Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk membantu dan memberikan info yang menarik untuk anda ketahui mengenai tempat-tempat menarik di Mesir.

Air Terjun Mesir Egypt
Peserta juga akan dibawa ke Satu-satunya Air Terjun di Mesir

Kenapa Anda Perlu Memilih Pakej Yang Kami Sediakan?

  • Kami berpengalaman dalam selok belok pelancongan di Negara Mesir
  • Rancangan perjalanan yang sangat rapi dan teratur
  • Harga pakej mampu milik
  • Deposit yang rendah

Pakej Bercuti ke Mesir

JOM MELANCONG KE MESIR!

Sama ada anda bergerak secara solo (Private) ataupun bersama dengan pasangan ketika melancong ke Mesir, kami akan memastikan pengalaman anda menjadi sesuatu yang berharga. Kata-kata terbaik yang kami mampu berikan kepada anda ialah jangan dengar apa yang orang lain katakan tentang Mesir, tetapi datanglah dan lihatlah sendiri.

Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut Pakej Melancong ke Mesir Hubungi:

Kembara Istanbul | Mustaqim Travel And Tours Sdn Bhd

[1129808 – W | KPK LN9263]

163 Wisma Dato’ Rashid
70100 Jalan Zaaba
Seremban Negeri Sembilan

+6 017 820 2010

Whatsapp Link : 0178202010

 

Hubungi kami sekarang untuk pertanyaan dan booking.

Tel : +6017 820 2010 /  Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd.

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *