8 Hari 7 Malam Tulip Tour
Musim Bunga Mac – May

Itineries
HARI PERTAMA
Istanbul / Bolu / Ankara
Para tetamu tiba di Instanbul dan akan disambut oleh krew kami. Hari ini perjalanan kita ke Ankara, ibu Negara Turki. Dalam perjalanan kita akan berhenti di Tasik Sapanca/ Tasik Abant sebelum kita menyambung perjalanan ke Ankara dan bermalam di Ankara.
HARI KE 2
Ankara/ Cappadocia
Seawal pagi, kita akan bergerak dari hotel ke Cappadocia. Anda akan dibawa melihat Mausoleum of Ataturk (Anit Kabir) dimana tempat bagi persemadian Presiden Pertama Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Kita juga akan melawat Palace of President Republic of Turkey. Sambung perjalanan dan berhenti di Tasik Garam dan bermalam di Cappadocia.
HARI KE 3
Cappadocia / Isparta / Pamukkale
Selepas bersarapan, pengembaraan anda diteruskan ke Konya. Sekiranya mempunyai waktu, anda berpeluang untuk berhenti di Panorama untuk menyaksikan matahari terbit. Dalam perjalanan anda berpeluang untuk singgah di Ancient Caravanserai Sultanhani sebelum meneruskan perjalanan ke Lavender dan Rose Farm di Isparta. Selepas lawatan dan makan tengahari, kita akan menyambung perjalanan ke Pamukkale dan bermalam di Pamukkale.
HARI KE 4
Cappadocia Konya /Pamukkale
Hari ini, anda akan check-out awal pagi dan bergerak ke ibu kota Konya. Di perjalanan, kita akan berhenti di Caravanserai Sultanhani yang dibina oleh kerajaan Islam Turki dahulu untuk persinggahan bagi para pedagang. Selepas itu, setibanya di Bandar Konya anda akan di bawa melawat Mezlana Jellaludin ar-Rumi Museum. Selepas lawatan dan makan tengahari, kita akan menyambung perjalanan ke Pamukkale dan bermalam di Pamukkale.
HARI KE 5
Pamukkale/ Kusadasi / Ephesus
Hari ini, kita bergerak ke keluar hotel untuk melawat Pamukkale. Kita mulakan lawatan hari ini ke Hierapolis dan Necropolis, sebuah Bandar tinggalan Kerajaan Rom. Selepas itu lawatan diteruskan ke Cotton Castle, satu tempat semulajadi terhasil daripada thermal water dari bawah bumi. Selepas makan tengahari, kita sambung perjalanan ke Kusadasi dan berhenti solat di Isa Bey Mosque sebelum melawat Ephesus dan bermalam di Kusadasi.HARI KE 6
Kusadasi / Bursa
Awal pagi anda check – out bilik dan terus bergerak ke Bursa, sebuah ibu kota pertama kerajaan Islam Usmaniah selama berdekad. Di Bursa kita akan melawat Green Mosque dan Green Tomb. Selepas solat dan makan tengahari, anda akan dibawa melawat Grand Mosque dan diberi masa untuk membeli belah di Koza Han atau lebih dikenali sebagai Bazar Sutera sebelum dihantar ke hotel dan bermalam di Bursa.
HARI KE 7
Istanbul
Seawall pagi, anda akan bergerak ke Istanbul. Setibanya di Istanbul , anda akan melawat sebuah taman Bunga Tulip iaitu Emirgan Tulip Park. Selepas itu, berhenti solat dan menziarahi makam sahabat Rasulullah saw, Abu Ayyub an- Ansari ra di Eyub Sultan Mosque. Seterusnya, dibawa ke Grand Bazar untuk membeli cenderahati. Sebelum ke hotel, kami akaan membawa tetamu menaiki Bosphorus Cruise mengelilingi Selat Bosphurus sambil menghayati pemandangan Istanbul Asia & Eropah yang sangat indah dan bermalam di Istanbul.
HARI KE 8
Istanbul
Aktiviti terakhir hari ini adalah paling dinantikan. Anda akan dibawa melawat masjid tersohor iaitu Majid Biru, Hippodrome Square dan Muzium Hagia Sophia. Seterusnya melawat Istana Topkapi yang menjadi muzium menempatkan pelbagai artifak kerajaan Islam Turki Usmaniah dan juga barang – barang peribadi Rasulullah saw serta Sahabat baginda. Kemudian, anda dibawa ke Spice Bazar untuk membeli manisan Turki. Para tetamu dihantar ke airport untuk penerbangan pulang.
- Hari Selasa Istana Topkapi Tutup / hari Isnin Haghia Sophia Tutup
- Topkapi Palace Hari Ahad Tutup
- Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat
Pakej ini Termasuk
- Hotel 3 & 4 & 5 bintang
- Makan 3 kali sehari
- Bayaran masuk tempat lawatan
- Pengangkutan peribadi (Mercedes Sprinter/Minibus/Bus)
- Pemandu pelancong Kacak Turki (English Speaking)
- Airport transfer
- Bayaran tol lebuhraya dan parker
- Bhosporus Cruise
Pakej ini Tidak Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa (KUL-IST-KUL)
- Tipping Guide & Driver
- Insuran Perjalanan
- Aktiviti optional; contoh belon udara panas / Hot Air Baloon
- Lain-lain perbelanjaan