Kashmir 5 Hari 4 Malam Golden Triangle Tour

Kashmir 5 Hari 4 Malam Golden Triangle Tour

Aturcara Perjalanan / Itinery

HARI PERTAMA

Kuala Lumpur – Delhi (D)

Tiba di Lapangan Terbang Delhi, disambut oleh krew kami dan terus ke hotel. Makan malam dan bermalam di Hotel Westend Inn Glitz / setaraf.

HARI KE 2

Delhi – Agra  (B,L,D)) 

 

Para tetamu akan bergerak ke Agra, sampai di hotel terus menuju ke Taj Mahal untuk menyaksikan senibinanya yang menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia. Monumen ini merupakan contoh senibina yang sangat menakjubkan bagi dunia yang kian maju. Dibina oleh Shah Jahan pada tahun 1653. Selepas melawat Taj Mahal, para tetamu akan dibawa ke hotel klasik untuk menikmati buffet lunch. Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Agra Fort. Bermalam di Hotel Howard Plaza / Mansingh Palace /setaraf.   

HARI KE 3

Fatehpur Sikri – Jaipur (B,L,D)  

Selepas sarapan, terus bergerak ke Jaipur. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Fatehpur Sikri, juga dinamakan dengan ‘ The Abandoned City’ yang dibina oleh Emperor Akbar. Tiba di Jaipur, check in hotel. Kemudian, kita akan berjalan-jalan di Jaipur yang juga dikenali sebagai ‘Pink City’. Bermalam di Hotel KK Royal / Park Ocean / setaraf.    

HARI KE 4

Jaipur – Delhi (B,L,D) 

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Amber Fort dan berseronok dengan menaiki gajah di sana. Kemudian, melawat City Palace Museum, Balai Cerap dan Palace of Winds. Selepas makan tengahari, berlepas ke Delhi dengan menaiki pesawat. Tiba di Delhi, check in hotel dan bermalam di Hotel Westend Inn Glitz / setaraf.  

HARI KE 5

Srinagar – Delhi (B,L,D)    

Selepas sarapan, para tetamu akan dibawa berjalan-jalan di Delhi, melawat Jama Masjid, Lal Quila, Quaint Lane of Chandni Chowk. Kemudian, para tetamu akan di bawa ke Raj Ghat untuk melawat Mahatma Gandhi Memorial, Qutub Minar, Humayun’s Tomb, Lotus Temple dan India Gate. Para tetamu dihantar ke lapangan terbang untuk bertolak balik ke tanah air.    

Pakej Termasuk

  • Penginapan hotel 3 / 4 bintang (Srinagar Deluxe Houseboat + Breakfast)
  • Pengangkutan dengan penyaman udara (Kereta / Bas)
  • Toll tax, state tax
  • Elaun driver
  • Caj petrol dan parking
  • Tour guide berbahasa Inggeris
  • Domestic flight (Delhi – Srinagar – Delhi)
  • Bayaran masuk tempat lawatan
  • Makan tengahari dan makan malam (makanan halal untuk Muslim)

Pakej Tidak Termasuk

  • Apa-apa tip dan minuman beralkohol
  • Pebelanjaan peribadi

Maklumat Hotel Penginapan

4 bintang :

1. Delhi : Hotel Westend Inn Glitz / setaraf

2. Jaipur : Hotel KK Royal / Park Ocean / Hotel Mansingh / setaraf

3. Agra : Hotel Howard Plaza / Mansingh Palace / setaraf

3 bintang :

1. Delhi : Hotel Arpit Palace / Hotel Jewel Palace / setaraf

2. Jaipur : Hotel Glitz / Nahargarh Haveli / setaraf

3. Agra : Hotel Siris 18 / Hotel Taj Villa/ setaraf

 

[ninja_tables id=”2126″]