Melancong ke Turki merupakan impian ramai orang bahkan ada yang menyenaraikan negara ini sebagai Top Ten destinasi pelancongan mereka. Boleh dikatakan Turki adalah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong malaysia selepas Mekah sebagai Umrah. Sebelum datang melancong ke Turki, pastikan dahulu tempat penginapan anda. Penginapan yang selesa sangat diperlukan untuk istirehat anda selepas penat lelah berjalan-jalan di sekitar tempat menarik di Turki. Dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan hotel-hotel terbaik di Turki. Senarai ini bukanlah senarai rasmi, namun berdasarkan testimoni daripada orang ramai, inilah 9 hotel terbaik din Turki untuk penginapan anda di Turki nanti!
Apa yang dinilai dari hotel?
Kami menilai hotel berdasarkan kos dan juga kemudahan yang diberikan. Sebelum itu perkara berikut wajib anda diketahui olerh anda, bagaimana kami menilai hotel terbaik di Turki?
Senarai yang kami terbitkan adalah berdasarkan daripada testimoni (review) sebenar daripada pelbagai sumber. Testimoni hanya di ambil kira untuk orang yang pernah menginap di hotel itu sendiri.
Fakta Turki: Apa Yang Menarik
- Negara empat musim
- Geografi negara yang terletak di dua benua iaitu Eropah dan Asia (Eurosia)
- Negara asal bunga Tulip
- Tempat kelahiran warna ‘turquoise’
- Istanbul (pastinya anda pernah mendengar nama tempat ini)
Pastinya fakta-fakta tersebut membuatkan anda tertarik untuk melawat negara Turki. Bagi anda yang ingin merancang percutian sendiri
9 Hotel Terbaik Di Turki – Murah dan Selesa
Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai 10 hotel terbaik Turki dari kami.
1. Hotel Amira Istanbul
Berada di tangga pertama pilihan kami, Hotel Amira Istanbul. Pekerja hotel ini mampu membuatkan anda seperti sedang berada di rumah sendiri. Pemandangan dari bilik hotel mempamerkan keindahan bandar Istanbul. Lokasinya sangat strategik sekiranya anda merancang untuk mengelilingi istanbul. Jaraknya hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Muzium Hagia Sophia. Hotel ini dilengkapi dengan wifi percuma dan juga sarapan buffet.
2. Basileus Hotel
Hotel yang sempurna bagi anda yang tidak ingin mengeluarkan kos yang terlalu tinggi. Harga bilik di hotel ini bermula dari RM243. Lokasinya yang teletak hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Grand Baazar.Hotel ini juga dilengkapi dengan wifi percuma dan pakej sarapan pagi. Walaupun ini merupakan hotel 3 bintang namun perkhidmatan yang diberikan oleh staff hotel seakan-akan 5 bintang!
3. Aydinli Cave Hotel
Hotel 3 bintang ini mempunyai pekerja kaunter yang peramah dan juga memberikan hospitaliti terbaik. Jika anda merupakan pelanggan hotel ini, anda akan diberikan parking, wifi dan sarapan percuma. Anda memerlukan bantuan shuttle bus dari airport ke hotel ini, mereka boleh melakukannya. Hotel ini didirikan dengan batu seakan-akan batu gua, membuatkan suasana seperti berada dalam rumah batu yang diukir. Namun jangan tertipu dengan bahan binaannya kerana kelengkapan di dalam bilik hotel sangat moden.
4. White House Hotel Istanbul
Hotel ini mempunyai lebih daripada tiga ribu testimoni yang positif. Dari namanya sahaja kita sudah dapat meramal suasana bilik hotel. Dihiaskan dengan warna putih dan emas, membuatkan suasana damai. Anda akan merasakan ‘warm welcome’ selepas disambut dengan ramah oleh perkhidmatan kaunter. Satu kata untuk hotel ini, CantikTomtom Suites
Dahulunya bangunan hotel ini digunakan sebagai rumah kepada biara-biara Perancis. Pada masa kini ia menjadi salah satu hoptel pilihan pelancong. Tinggal di hotel ini agak mahal, namun setimpal dengan apa yang anda dapat. Pemandangannya yang menarik dari dalam bilik disebabkan oleh jalan bukit. Anda akan dapat menyaksikan Istana Topkapi dari dalam bilik ‘Standard Suite’.
5. El Vino Hotel & Suites
Jika anda mencari perkhidmatan hotel yang profesional, di sinilah tempatnya. Agak susah untuk mencari sisi yang boleh diperbaiki di hotel ini kerana ia seakan-akan sempurna. Dengan harga yang bermula sekitar RM400, anda akan mendapat penginapan ‘Luxury’, bahkan lebih mewah dari beberapa hotel mahal. Salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Bodrum.
6. Sirkeci Mansion
Layanan terhadap pelanggan yang tip top diberikan oleh hotel ini. Untuk bergerak ke destinasi pilihan anda di Istanbul tidak begitu jauh, hanya beberapa minit dari hotel ini. Menariknya, hotel ini mempunyai spa sendiri. Jika ingin merasakan suasana yang sunyi dan tenang, pilihlah hotel ini!
7. Yasmak Sultan Hotel
Sebuah hotel 4 bintang untuk anda diami ketika perjalanan anda menerokai kota Istanbul. Hotel ini menyediakan kolam renang, sarapan pagi yang enak serta sauna. Apa lagi yang anda perlukan selain daripada tidur yang selesa dan wifi percuma? Pekerja juga begitu ramah bermula dari layanan kaunter hinggalah ke perkhidmatan bilik.
8. Neorion Hotel
Hotel yang hanya mempunyai 30 bilik untuk disewa sangat dilengkapi dengan kemudahan yang moden. Ambil masa untuk berendam di kolam renang, sauna dan juga perpustakaan budaya. Hotel ini sendiri memberikan gelaran ‘Museum Quality’ pada perhiasan dalamannya.
9. Kayakapi Premium Caves – Cappadocia
Hotel Kapakapi Premium Caves yang terletak di Cappadocia sangat menakjubkan. Namun kedudukannya di tangga kesepuluh hanya disebabkan oleh harganya yang terlalu mahal. Namun jika anda jenis orang yang tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk perkhidmatan terbaik, inilah hotel yang terbaik untuk anda. Ia adalah pemenang untuk Trip Advisor Traveler Choice selama lima tahun berturut-turut. Jika tidak mengambil kira harga, hotel ini akan berada di kedudukan pertama.
Hotel Penginapan Sebagai Memori Indah
Terdapat puluhan lagi hotel terbaik di Turki yang boleh dipertimbangkan. Namun ia bergantung kepada gaya pelancongan anda. Adakalanya pelancong hanya ingin mendapatkan hotel sebagai tempat tidur dan tidak begitu kisah dengan kualiti layanan yang diberikan. Namun apapun citarasa anda, anda tetap berhak untuk mendapatkan kediaman yang sempurna semasa lawatan anda ke Turki.