Memandu Kereta Di Turki

Tips Menyewa Kenderaan Dan Memandu Kereta Di Turki

Pengalaman untuk berada di Turki semestinya satu peluang yang sangat berharga. Sebelum datang sendiri ke negara ini, anda mungkin merancang sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong ataupun ingin bergerak sendiri. Namun ada dikalangan kita yang lebih selesa untuk bergerak sendiri dengan menyewa kenderaan dan memandu kereta di Turki.

 

Banyak tempat menarik di Turki terutamanya Istanbul yang boleh dilawati menggunakan kenderaan terutama sekali musim bunga dan musim sejuk meamng sangat meriah suasana di Istanbul, Turki.

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di TurkiTips Menyewa Kenderaan Dan Memandu Kereta Di Turki

Pelancong yang ingin menyewa kenderaan apabila datang ke Turki pastinya mempunyai alasan sendiri untuk melakukanya. Antaranya ialah ingin mendapatkan kebebasan tanpa perlu mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pakej pelancongan. Selain itu pelancong ingin merasa sendiri kehidupan harian penduduk tempatan dengan memandu sendiri di negara ini.

Bagaimana Nak Sewa Kereta di Turki

Sebelum mengambil keputusan, beberapa perkara ini harus anda ketahui iaitu bagaimana untuk menyewa kenderaan dan juga perkara yang wajib kita ketahui sebelum memulakan pemanduan.

 

Kereta Sewa Airport Istanbul TurkiApabila membuat keputusan untuk memandu kereta di Turki dan menyewa kereta, kita perlu mencari syarikat yang memberi perkhidmatan ini. Mencari kereta sewa di Turki tidaklah begitu sukar kerana selepas saja anda mendarat di lapangan terbang, terdapat kaunter khas yang boleh anda dapatkan perkhidmatan ini.

Beberapa perkhidmatan lain juga anda boleh layari terus laman web di bawah agar anda melihat terus harga dan juga jenis kereta sesuai dengan kapasiti yang anda perlukan.

TurkeycarTurkeycar.com

RentalcarsRentalcars.com

Zipcar TurkeyZipcar.com.tr

Tips memandu Kereta di Turki

Bagi yang pertama kali, kami berkongsi tips khas untuk memandu kereta di Turki. Beberapa perkara berikut penting untuk anda ketahui semasa memulakan pemanduan di Turki.

 

Persediaan

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah sesuaikan gaya pemanduan anda terlebih dahulu. Pastikan dimana kedudukan lampu isyarat kereta dan fahami sistem kereta yang anda gunakan terlebih dahulu. Periksa jenis minyak yang digunakan sama ada menggunakan petrol ataupun diesel. Anda juga mungkin akan diberikan bayaran perkhidmatan insurans oleh syarikat sewa kereta.

Highway dan Tol di Istanbul

Tol

Pastikan juga kereta yang anda sewa mempunyai pelekat HGS (sejenis pelekat cip electronic) yang bertujuan sebagai medium untuk membayar tol lebuhraya. Kesemua lebuhraya di Turki menggunakan sistem ini untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas. Wang tunai ataupun kad kredit tidak akan diterima dalam urusniaga pembayaran tol di turki. Sistem HGS ini adalah sistem prabayar. Kredit HGS anda akan dipotong dengan kadar tertentu setiap kali anda melintasi tol. Tambah nilai juga hanya boleh dilakukan di cawangan PTT (Pejabat Pos dengan logo berwarna Kuning) dan stesyen minyak.

 

Peraturan

Kedudukan pemandu dan kedudukan kenderaan atas jalan di Turki adalah berbeza dengan Malaysia. Pemandu berada di sebelah kiri kenderaan. Manakala kenderaan pula perlu bergerak di sebelah kanan jalan. Jika jalan tersebut adalah lebuhraya yang melebihi satu lorong, kenderaan yang bergerak perlahan perlu berada di sebelah kanan. Manakala posisi kenderaan laju ataupun memotong adalah sebelah kiri. Jika anda kali pertama memandu mengikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran. Manakala peraturan lainnya hampir sama seperti peraturan memandu di Malaysia iaitu memakai tali pinggang keledar, mematuhi had laju yang ditetapkan, dan pemandu haruslah sekurang-kurangnya berusia 18 tahun.

 

Dokumen

Jika anda tidak mempunyai lesen memandu antarabangsa, tidak menjadi masalah kerana anda boleh menggunakan lesen  yang dikeluarkan oleh JPJ untuk memandu di Turki. Hanya pastikan tarikh sah lesen memandu belum luput.

Galata Bridge Istanbul Turki

Navigasi

Sistem GPS di Turki sangat baik. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk anda menggunakan aplikasi GPS untuk panduan arah. Jika menggunakan telefon pintar, penggunaan data sellular dalam mod roaming mungkin terlalu mahal. Anda disarankan untuk membeli salah satu pakej sim kad Turki. Kebiasaannya pelancong akan memilih Turkcell. Jika anda merupakan pelancong tegar, lebih baik jika anda mempunyai alat GPS seperti TomTom dataupun Garmin. Namun menggunakan telefon pintar sudah cukup baik.

 

Waktu Puncak

Kesesakan laulintas akan merugikan masa anda untuk melawat tempat yang sudah anda rancang untuk dituju. Mengetahui waktu puncak sesebuah tempat adalah sangat penting. Anda tidak akan mahu untuk terperangkap dalam kesesakan laulintas yang teruk dan membuang banyak masa berada di kereta. Di Istanbul waktu puncak adalah 08.00 pagi hingga 10.00 pagi serta 05.00 petang hingga 08.00 malam. Seboleh-bolehnya elakkan memandu pada waktu tersebut. Pada masa musim panas, keadaan lalulintas adalah lebih baik kerana faktor musim cuti sekolah.

 

Keselamatan

Berhati-hatilah ketika memandu agar tidak terjadi sebarang kemalangan. Apabila berlaku sebarang kemalangan, anda perlu tahu siapa yang perlu dihubungi. Sila dail 112 untuk panggilan hospital/ambulans dan 115/154 untuk bantuan polis trafik. Sila maklumkan juga syarikat yang menyewakan kenderaan kepada anda agar mereka dapat memberikan bantuan.

Tanda Jalan di Turki

Papan Tanda

Walaupun papan tanda lalulintas di Turki mempunyai simbol untuk anda faham, disarankan juga untuk mempelajari beberapa perkataan Turki yang sering digunakan dalam papan tanda bagi mengelakkan anda melanggar sebarang peraturan jalan raya.

 

Giremez – Dilarang Masuk

Yavas – Perlahan

Park yapilmaz – Dilarang Parking

Yol kapali – Jalan Ditutup

Dikkat – Awas

Bozuk Satih – Permukaan tidak rata

Dur – Berhenti

Tamirat – pembaikan jalan

Tek Yon – Jalan Sehala

Yaya gecidi – laluan pejalan kaki

 

Sebaiknya juga anda perlu tahu perkataan asas bahasa komunikasi harian Turki seperti menyapa dan bertanyakan arah. Ini akan membantu anda jika anda mempunyai masalah pemanduan dan juga ketika ingin bertanyakan arah. Jangan risau orang Turki peramah.

 

Tepuk dada Tanya Selera

Menyewa dan memandu kereta sendiri di Turki mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Anda mungkin dapat kepuasan yang maksimum dengan memandu kereta di Turki kerana dapat mengatur masa dan perjalanan sendiri namun dalam masa yang sama kos yang anda perlu keluarkan adalah lebih tinggi, bahkan mengundang masalah apabila berlaku sebarang kemalangan.

Melancong Ke istanbul

Kemalangan yang tidak diingini di jalan raya dapat diatasi jika anda menjaga jarak anda dan kereta di hadapan dan memandu dengan lebih berhati-hati.

 

Rancang Percutian Ke Turki Anda Sekarang

Sekiranya anda mempunyai perancangan ke Turki dan mencari pakej pelancongan ke turki boleh hubungi kami di talian 0178202010 – Ustaz Hakim untuk mendapatkan maklumat berkenaan pakej ke Turki. Tempah awal bagi mengelakkan perancangan anda terhalang dek kerana kehabisan tiket dan juga seat pakej.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *