Pakej Melancong Ke Turki

Pakej Terbaik Melancong Ke Turki Dari Kembara Istanbul

Kemas bagasi anda sekarang, kita akan Melancong ke Turki!

Jika diberi pilihan, apakah yang akan anda pilih?

  1. Makanan percuma seumur hidup
  2. Minyak kenderaan percuma
  3. Wang sejuta ringgit
  4. Boleh melancong serta dunia

Melancong Ke Turki

Anda mungkin sudah pernah diberikan soalan ini. Menariknya, ramai yang telah memilih jawapan terakhir iaitu ingin melancong ke serata dunia. Ini membuktikan nilai yang anda dapat dengan melawat ke serata tempat lebih tinggi berbanding wang.

 

Dengan Kembara Istanbul (Mustaqim Travel And Tours Sdn Bhd), kami berusaha untuk memastikan percutian anda ke Turki akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap pakej kami dirancang dengan teliti supaya masa anda semasa bercuti dimanfaatkan sepenuhnya.

Melancong Ke Turki 8 HARI DAN 7 MALAM (8H7M)

Selama lapan hari, semua bandar terkenal di Turki yang pernah anda dengar akan anda lawati.

 

Istanbul aku datangIstanbul, Aku Datang! – Amati sendiri keindahan bandar Istanbul, yang pernah menjadi lokasi lakonan oleh pelakon popular tanah air iaitu Lisa Surihani. Bangunan bersejarah, Istana lama, melihat sendiri harta peninggalan sejarah Baginda Nabi, tongkat Nabi Musa, Pedang Nabi Daud dan melawat baazar tertutup terbesar di dunia, semuanya akan anda lawati.

 

Terokai sendiri keindahan Muzium Hagia Sophia, Masjid Biru (Sultan Ahmed), Istana Topkapi dan juga Hippodrome Square. Anda juga akan merasakan pengalaman di teluk Bosphorus yang memisahkan antara benua Asia dan Eropah bersama dengan Bosphorus Cruise secara (Percuma).

 

Ibu Negara Turki, Ankara! Di sini letaknya Mausoleum of Ataturk, tempat persemadian Presiden Turki Pertama.

Cappadocia, dunia batu! Peninggalan-peninggalan bangunan batu lama seperti Uchisar Castle dan juga Camel Rock tentu membuat anda kagum. Jagan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan di dalam Cave Restaurant.

Cappadocia cuti ke Turki

Pamukkale – Kota dimana kerajaan Rom membangunkan bandar mereka iaitu Hierapolis.Dan jika anda pernah mendengar cerita tentang Cotton Castle, ia terletak di Pamukkale dan anda juga akan dibawa melawat ke tempat ini.

Pakej Ke Turki Pamukkale

Dalam perjalanan ke empat tempat tersebut, kita juga akan singgah sebentar di beberapa tempat lain seperti Cannakale, Kusadasi, Ephesus dan Bolu yang turut membuat pengalaman anda melawat di Turki sangat berharga.

Kenapa Kami Memilih Untuk Membawa Anda Ke Turki?

Cuti Ke Istanbul Turki

  • Lokasi – Geografi negara ini berada di antara dua benua iaitu benua Eropah dan Benua Asia. Kadangkala disebut orang sebagai Eurosia. Dua benua ini dihubungkan dengan satu jambatan yang panjang di Istanbul!
  • Empat Musim – Berlainan dengan cuaca dan iklim di negara kita, Turki mengalami perubahan musim sebanyak empat kali setahun. Pilih Pakej mengikut musim yang anda inginkan.
  • Kos rendah – Tukaran matawang Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan matawang Turki. Negara Turki menggunakan matawang Lira. Setakat artikrl ini ditulis, kadar satu ringgit malaysia adalah bersamaan dengan 1.50 TL (Turkish Lira)

Kenapa Anda Perlu Memilih Kembara Istanbul

pakej turki kembara istanbul

Mempunyai Lesen Pelancongan Yang Sah

Berpengalaman dalam bidang pelancongan. Berlesen dan Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Diuruskan oleh Syarikat Bumiputera Mustaqim Travel and Tours Sdn Bhd (1129808-W | KPK/LN9263)

Tiada Tourist Trap dan Caj Tersembunyi

‘Tourist Trap’ adalah tempat paksa beli barangan mahal di kebanyakan pakej luar negara. Harga yang diberikan adalah telus dan Termasuk dalam Pakej. Hanya Tambahan tipping dan Bayaran kos aktiviti sekiranya menaiki belon udara panas.

Hotel 4 Bintang Keatas atau Setaraf Sahaja

Kembara Istanbul Winter Trip

7 malam berada di Turki, anda akan menginap di Hotel bertaraf 4 bintang yang sudah kami pilih. Anda akan bermalam di Canakkale, Kusadasi, Pamukkale, Bolu, Cappadocia dan Istanbul

 

Hidangan Ikonik Turki

makanan turki

Pakej yang kami tawarkan juga merangkumi makan dan minum untuk anda tiga kali sehari (sarapan, makan tengahari dan makan malam) mengikut selera Turki. 100% halal dan menyelerakan!

Makanan Halal Dan Solat Terjaga

Kami dengan teliti menyediakan jadual perjalanan pakej melancong ke Turki supaya peserta dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tidak mengabaikan Solat. Makanan yang disediakan adalah mengikut citarasa Malaysia dan Halal

Tour Guide yang Berpengalaman

Pakej Ke Turki Tour Guide

Berpengalaman menguruskan trip di Turki dan juga Pakej lain. Setiap trip di Negara Turki akan diiringi oleh Tour Guide Berpengalaman berbangsa Turki yang Kacak dan Fasih berbahasa Ingeris.

Private Trip, Joined Tour dan Trip Planner

Kami mampu menyusun jadual perjalanan anda mengikut bajet dengan tujuan memberi keselesaan dan kepuasan setiap tetamu. (Melancong Ke Turki Joined Tour/Grouping Tour, Private Tour, Honeymoon Tour dan Corporate Tour)

Penginapan Hotel dan Pengangkutan Bertaraf VIP

Setiap pakej yang kami tawarkan adalah termasuk Pengangkutan VIP, Max 15 Orang dilengkapi WIFI. Penginapan yang bertaraf 4 bintang dan Keatas memudahkan peserta menikmati Night Life dan Keperluan Asas

Bayaran Masuk Tempat Lawatan Adalah Percuma

Beberapa tempat yang kita akan lawati mengenakan caj bayaran masuk, namun semua itu kami akan uruskan. Nikmati pengalaman lawatan anda tanpa memikirkan bayaran masuk. Ini termasuk bayaran tol lebuh raya dan parking di Turki serta menaiki kapal persiaran Bosphorus Cruise di Istanbul!

 

Apa lagi yang anda perlukan untuk percutian yang tidak terlupakan selain tempat yang menarik, hotel yang hebat dan makanan yang sempurna! Ditambahkan lagi dengan khidmat pemandu pelancong dari Turki sendiri, pasti perjalanan anda lancar dan tiada gangguan.

Pakej Pelancongan Ke Turki 8 Hari 7 Malam.

  1. 8 Hari 7 Malam – Turkey Cities Escape
  2. 8 Hari 7 Malam – Turkey Tulip Festival
  3. 8 Hari 7 Malam – Winter Festival

Tiga pakej menarik ini memberikan anda tawaran yang sama namun pengalaman yang pastinya berbeza. Ini bergantung kepada pilihan masa anda untuk bercuti.

Di Turki terdapat empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim sejuk dan musim luruh. Setiap musim mempunyai keistimewaannya sendiri.

 

8 Hari 7 Malam – Turkey Cities Escape

Kami tawarkan pakej ini sepanjang bulan Mei dan bulan Oktober sama ada musim bunga, musim panas ataupun luruh. Inilah masa terbaik untuk menaiki Bosphorus Cruise. Suhu yang sederhana dan ramai pengunjung.

 

8 Hari 7 Malam – Turkey Tulip Festival

Pakej yang ditawarkan sepanjang bulan Mac hingga bulan Mei iaitu pada musim bunga. Sesuai untuk anda yang ingin merasakan suasana Tulip Festival di Turki. Di sepanjang jalan akan dihiasi dengan keindahan pelbagai jenis bunga tulip yang mekar.

 

8 Hari 7 Malam – Winter Festival

Musim sejuk dan musim bunga di Turki sepanjang pertengahan bulan November dan bulan April. Peluang anda untuk menaiki Cable Car ke Gunung Uludag di Bursa dan bermain ski serta salji.

Daftarlah sekarang dan tempah tempat anda.

Euglene fodor pernah mengatakan bahawa

“You don’t have to be rich to travel well”.

Begitu juga kos yang kami tawarkan untuk pakej ini.

Apa Yang tidak termasuk dalam pakej kami?

  • Tiket kapal terbang
  • Aktiviti selain dari yang kami tawarkan seperti belon udara panas
  • Kos pemberian tip kepada pemandu (serendah RM19 sehari)

Sertai Peserta Kembara Istanbul Untuk Percutian Melancong Ke Turki Sekarang!

Cuti Ke Istanbul Turki

Sama ada anda bergerak secara solo ataupun bersama dengan pasangan ketika melancong ke Turki, kami akan memastikan pengalaman anda menjadi sesuatu yang berharga. Kata-kata terbaik yang kami mampu berikan kepada anda ialah jangan dengar apa yang orang lain katakan tentang Turki, tetapi datanglah dan lihatlah sendiri.

 

Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut Hubungi:

 

Kembara Istanbul | Mustaqim Travel And Tours Sdn Bhd

[1129808-W | KPK LN9263]

163 Wisma Dato’ Rashid
70100 Jalan Zaaba
Seremban Negeri Sembilan

+6 017 820 2010

Whatsapp Link : 0178202010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *