Kembara Istanbul Trip Musim Sejuk

Musim Sejuk di Turki | Aktiviti Wajib Ketika Melancong

Anda mungkin menjangkakan bahawa bilangan pelancong di Turki berkurangan pada musim sejuk. Namun beberapa tempat masih menjadi tarikan pelancong semasa musim sejuk di Turki. Apabila tiba musim sejuk di Turki, apa yang anda dapat lakukan?

Musim Sejuk di Turki adalah bermula dari dari Disember hingga Februari. Menariknya musim tersebut berlaku semasa peralihan tahun. Ada baiknya anda meluangkan waktu percutian anda di Turki dengan beberapa aktiviti menarik. Disini kami menyenaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada melawat tempat-tempat yang bersejarah di Turki.

Aktiviti Wajib Melancong di Musim Sejuk di Turki

Gunung Uludag di Kota Bursa

Gunung Uludag TurkiNikmati percutian musim sejuk anda di Turki dengan datang ke gunung Uludag yang dipenuhi salji putih semasa musim sejuk, memberikan anda suasana nyaman dan dingin. Untuk sampai ke destinasi, anda akan dibawa ke ke Gunung Uludag dengan menggunakan Cable Car.

Tiket untuk menaiki Cable Car ini adalah sekitar 27.00 TL (Turkish Lira). Anda tidak akan merasa bosan untuk baris menunggu giliran menaiki Cable Car ini. Sebuah Cable Car berkapasiti maksimum 4 orang. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di dalam perjalanan menaiki Cable Car jika anda masih mampu mengawal adrenaline anda.

Kabel Car Gunung Uludag TurkiPerjalanan ini mungkin mengambil masa selama beberapa minit. Setibanya anda di Gunung Uludag, anda akan  disambut dengan suasana yang ceria dengan muzik yang dimainkan sambil menyaksikan banyak orang sedang bermain ski. Jika anda ingin merasakan sendiri permainan ski, anda boleh meminjam kelengkapan permainan serendeh 70.00 TL untuk sepanjang hari.

Penuhi hari anda di Gunung Uludag dengan bermain salji dan mengambil foto kenangan di sekitar pergunungan. Minuman panas sentiasa tersedia di café atas gunung jika anda ingin meneutralkan suhu badan yang terlalu dingin. Gunung yang terletak di Selatan Istanbul ini sentiasa menantikan kunjungan anda di musim sejuk.

Tahun Baru di Istanbul.

Tahun Baru di Istanbul Musim Sejuk di Turki

Rasakan sendiri makanan tradisional di tempat ini setiap kali New Year Eve dirayakan iaitu Ayam Turki Panggang. Setiap bar dan restoran di Istanbul pasti menyediakan hidangan asli Turki ini. Merasakan hidangan ayam turki panggang di tempat asal resepi ini semasa tahun baru, bukankah itu satu hal yang jarang kita alami? Di malam hari ini semua orang akan menantikan detik-detik selepas jam 12.00 malam kerana langit malam akan dipenuhi dengan sorakan bunga api.

Keesokan harinya anda sudah boleh memulakan perjalanan anda untuk mengelilingi Istanbul. Ambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat yang bersejarah seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, Muzium Arkeologi Istanbul dan Istana Topkapi yang menyimpan seribu satu cerita dan peristiwa penting dalam sejarah tempatan.

Musim Sejuk di Turki Tahun BaruAkhiri perjalanan anda dengan menaiki Bosphorus Cruise. Perjalanan atas kapal ini membolehkan anda menyaksikan keindahan Istanbul dari laut. Di sini, hampir kesemua tempat yang anda sudah lawati boleh dilihat dari jauh.

Menerokai Cappadocia

Kembara Istanbul Peserta WinterSemasa musim sejuk di Cappadocia, beri peluang kepada diri anda untuk berasa takjub dengan menyaksikan sendiri puluhan belon udara panas di langit yang bermula seawal pagi ketika anda mula menuju ke destinasi.

Beberapa tempat di Cappadocia juga membuatkan anda berasa seperti di dunia kuno. Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rock dan Open Air Museum adalah destinasi utama anda di sini. Rehat sebentar dari penerokaan anda dengan menikmati hidangan di Cave Restaurant, restoran yang seakan-akan di dalam gua.

Peluang berbelanja dengan kos yang rendah

Grand Bazaar Turki
Photo Kredit: pakarpercutian.com

Bulan Disember dan juga bulan Januari adalah masa yang baik untuk membeli belah terutamanya di Istanbul, ini kerana banyak pusat membeli belah di Istanbul yang menawarkan harga diskaun. Grand Baazar juga masih ramai dengan pembeli dan penjual yang tawar menawar. Biasanya barangan yang dijual semasa hujung tahun dan awal tahun di negara ini mempunyai harga yang lebih rendah.

Oleh itu tidak hairanlah jika ia merupakan cara terbaik untuk mengisi musim sejuk anda di Turki. Selain dari harga barangan, didapati hotel-hotel juga menurunkan harga bilik mereka. Ini disebabkan kurangnya permintaan daripada pelancong semasa musim sejuk. Oleh itu hotel menggunakan strategi menurunkan harga untuk menarik minat pelancong untuk menyewa bilik.

“Food-Hunting Mode”

Lahmachun Makanan Turki
Sumber: steemit.com

Oleh kerana kurangnya kesesakan pelancong di Negara ini berbanding dengan musim yang lain, maka musim ini sangat sesuai untuk anda meninjau tempat-tempat yang mempunyai makanan yang menarik. Beberapa menu yang anda harus cuba Menemen, Kofte, Manti, Lahmacun dan juga makanan yang terkenal disini iaitu Kebap.

Memakan sesuatu yang memanaskan badan sangat sesuai untuk meneutralkan suhu badan ketika musim sejuk. Dua minuman panas yang terkenal di Turki iaitu Salep dan Boza juga patut dicuba. Salep campuran susu panas dengan akar orkid. Biasanya diminum sebagai alternatif kepada kopi. Manakala Boza pula adalah minuman yang difermentasi dan dibuat daripada bijirin, gula, yogurt dan juga vanila.

Terdapat satu kedai yang sangat terkenal menjual Boza iaitu Vefa Bozaci shop di bandar Istanbul.

Musim Sejuk, Waktu Yang Sesuai Melancong Ke Turki

Bagi anda yang suka suasana yang kurang sesak, percutian musim sejuk di Turki sangat sesuai untuk anda. Bukan hanya dapat menikmati percutian yang tenang, malah jika anda bertuah, kos yang anda belanjakan pada musim ini lebih murah. Suasana musim sejuk di negara Turki tentu mempunyai persekitaran yang berbeza dengan musim yang lain. Walaupun suhu agak sejuk namun pasti berbaloi dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Tidak hairanlah jika ramai pelancong masih datang berkunjung ke Istanbul Turki semasa musim ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *