Kashmir 8 Hari 7 Malam Golden Triangle Tour
Aturcara Perjalanan / Itinery
HARI PERTAMA
Kuala Lumpur – Delhi (D)
Tiba di Lapangan Terbang Delhi, disambut oleh krew kami dan terus ke hotel. Makan malam dan bermalam di Hotel Westend Inn Glitz / setaraf.
HARI KE 2
Delhi – Srinagar (B,L,D)
Selepas sarapan, terus ke lapangan terbang untuk berlepas ke Srinagar. Tiba di Srinagar, disambut dan dibantu oleh krew kami kemudian terus ke Houseboat di Dal Lake. Selepas makan tengahari, melawat Mughal Garden, Chashme Shahi Garden (The Royal Spring), Nishat Bagh (Garden of Pleasure) and Shalimar Bagh (Abode of Love). Balik ke Houseboat, makan malam dan bermalam di Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 3
Srinagar – Gulmarg (B,L,D)
Selepas sarapan, kita akan teruskan lawatan ke Gulmarg (Meadow of Flowers). Para tetamu akan dibawa meneroka pemandangan yang menakjubkan dan bersiar-siar di Outer Circuit Road menikmati pemandangan lembah di tengah-tengah hutan yang tebal. Setelah itu, menaiki Gondola Cable Car menikmati pemandangan daripada atas, melawat Khilanmarg dan Kongdori. Balik ke Houseboat untuk makan malam dan bermalam Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 4
Srinagar – Pahalgam (B,L,D)
Selepas bersarapan, para tetamu akan bertolak ke Pahalgam (Vale of Kashmir), dalam perjalanan kita akan singgah ladang Saffron dan kuil Awantipura yang sudah berusia 11,000 tahun. Tiba di Pahalgam dan makan tengahari. Kemudian, menikmati kecantikan semula jadi di Pahalgam. Bermalam di Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 5
Srinagar – Delhi – Jaipur (B,L,D)
Selepas sarapan, para tetamu akan bersantai di Shikara Cruise di Dal Lake sambil menikmati pemandangan daripada atas cruise. Kemudian, melawat Ropa Lanc (Silver Island) yang lebih dikenali sebagai Char Chinari & Sona Lanc. Kemudian, terus ke lapangan terbang dan berlepas ke Delhi. Tiba di sana, makan tengahari dan terus ke Jaipur. Check in hotel, makan malam dan bermalam di KK Royal Hotel / Park Ocean / setaraf.
HARI KE 6
Jaipur (B,L,D)
Selepas sarapan, mulakan lawatan ke Amber Fort. Menaiki gajah daripada kaki bukit Aravalis sampai ke fort entrance. Amber Fort ialah bandar yang terawal di Jaipur, dibina oleh Raja Man Singh pada tahun 1592. Kemudian para tetamu akan dibawa melawat City Palace, mmpunyai museum yang tersimpannya seni-seni, karpet-karpet, senjata, Jantar Mantar : balai cerap yang dibina oleh Maharaja Jai Singh pada tahun 1728 dan muka bangunan Hawa Mahal. Bermalam di KK Royal Hotel / Park Ocean / setaraf.
HARI KE 7
Jaipur – Fatehpur Sikri – Agra (B,L,D)
Selepas sarapan, kita akan bergerak ke Agra. Dalam perjalanan, kita akan singgah Fatehpur Sikri yang dibina oleh Emperor Akbar pada tahun 1569. Kemudian kita akan melawat bangunan-bangunan Jama Masjid, Tomb of Salim Chisti, Panch Mahal dan istana-istana lain yang masih kekal senibinanya. Tiba di Agra pada waktu petang dan check in hotel. Makan malam dan bermalam di Hotel Howard Plaza / Mansingh Palace / setaraf.
HARI KE 8
Agra – Delhi (B,L)
Selepas sarapan, melawat Taj Mahal. Para tetamu akan dibawa melawat Red Fort yang dibina oleh Emperor Akbar pada tahun 1565 dan kemudiannya ditambah oleh cucunya, Shah Jahan. Selepas makan tengahari, terus ke lapangan terbang Delhi dan berlepas ke tanah air.
Pakej Termasuk
- Penginapan hotel 3 / 4 bintang + Breakfast
- Pengangkutan dengan penyaman udara (Kereta / Bas)
- Toll tax, state tax
- Elaun driver
- Caj petrol dan parking
- Tour guide berbahasa Inggeris
- Domestic flight (Delhi – Srinagar – Delhi)
- Bayaran masuk tempat lawatan
- Makan tengahari dan makan malam (makanan halal untuk Muslim)
- 1 litre air mineral / hari
Pakej Tidak Termasuk
- Apa-apa tip dan minuman beralkohol
- Pebelanjaan peribadi
- Jaket, kasut, skate, tunggang kuda, caj tambahan Gondola Ride (anggaran 30Usd/pax)
Maklumat Hotel Penginapan
4 bintang :
1. Delhi : Hotel Western Inn Glitz / setaraf
2. Srinagar : Chicago Group of Deluxe Houseboat
3. Jaipur : Hotel KK Royal / Park Ocean / Hotel Mansingh / setaraf
4. Agra : Hotel Howard Plaza / Mansingh Palace / setaraf
3 bintang :
1. Delhi : Hotel Arpit Palace / Hotel Jewel Palace / setaraf
2. Srinagar : Chicago Group of Deluxe Houseboat
3. Jaipur : Hotel Glitz / Nahargarh Haveli / setaraf
4. Agra : Hotel Siris 18 / Hotel Taj Villa/ setaraf