Kashmir 5 Hari 4 Malam + Delhi Tour
Aturcara Perjalanan / Itinery
HARI PERTAMA
Kuala Lumpur – Delhi (D)
Tiba di Lapangan Terbang Delhi, disambut oleh krew kami dan terus ke hotel. Makan malam dan bermalam di Hotel Westend Inn Glitz / setaraf.
HARI KE 2
Delhi – Srinagar (B,L,D)
Selepas sarapan pagi, terus ke lapangan terbang untuk berlepas ke Srinagar. Tiba di Srinagar, krew kami akan sambut para tetamu dan terus bergerak ke Houseboat. Selepas makan tengahari, melawat Mughal Garden, Nishat Bagh (Garden of Pleasure), Shalimar Bagh (Abode of Love), The Chasme Shahi Garden. Kemudian para tetamu akan menaiki Shikara Ride di Dal Lake untuk menikmati keindahan bandar ini yang selalu dibandingkan dengan Venice. Bermalam di Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 3
Srinagar – Gulmarg (B,L,D)
Selepas bersarapan, kita akan teruskan perjalanan dengan lawatan penuh di Gulmarg (Meadow of Flowers). Para tetamu akan dibawa meneroka pemandangan yang menakjubkan dan bersiar-siar di Outer Circuit Road menikmati pemandangan lembah di tengah-tengah hutan yang tebal. Setelah itu, menaiki Gondola Cable Car, menikmati pemandangan daripada atas, melawat Khilanmarg dan Kongdori. Balik ke Houseboat / Hotel untuk makan malam dan bermalam Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 4
Srinagar – Pahalgam (B,L,D)
Selepas bersarapan, para tetamu akan bertolak ke Pahalgam (Vale of Kashmir), dalam perjalanan kita akan singgah ladang Saffron dan kuil Awantipura yang sudah berusia 11,000 tahun. Tiba di Pahalgam dan makan tengahari. Kemudian, menikmati kecantikan semula jadi di Pahalgam. Bermalam di Chicago Group of Deluxe Houseboat.
HARI KE 5
Srinagar – Delhi (B,L,D)
Selepas sarapan, free and easy. Bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Delhi. Tiba di Delhi, terus ke lapangan terbang Delhi dan berlepas pulang ke tanah air.
Pakej Termasuk
- Penginapan hotel 3 / 4 bintang (Srinagar Deluxe Houseboat + Breakfast)
- Pengangkutan dengan penyaman udara (Kereta / Bas)
- Toll tax, state tax
- Elaun driver
- Caj petrol dan parking
- Tour guide berbahasa Inggeris
- Domestic flight (Delhi – Srinagar – Delhi)
- Bayaran masuk tempat lawatan
- Makan tengahari dan makan malam (makanan halal untuk Muslim)
Pakej Tidak Termasuk
- Apa-apa tip dan minuman beralkohol
- Pebelanjaan peribadi
- Jaket, kasut, skate, tunggang kuda, caj tambahan Gondola Ride (anggaran 30Usd/pax)
Maklumat Hotel Penginapan
4 bintang :
1. Delhi : Hotel Western Inn Glitz / setaraf
2. Srinagar : Chicago Group of Deluxe Houseboat
3 bintang :
1. Delhi : Hotel Arpit Palace / Hotel Jewel Palace / setaraf
2. Srinagar : Chicago Group of Deluxe Houseboat