Pakej ke Turki 2019-2020

Pakej Ke Turki 2021/2022

Turki selalu menjadi salah satu tempat utama untuk dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia. Negara ini mempunyai keunikan tersendiri dari sejarahnya, kebudayaan dan juga kedudukan geografinya. Namun merancang percutian ke negara ini belum tentu mudah kerana terlalu banyak tempat yang wajib anda kunjungi. Kami menyediakan beberapa pakej ke Turki yang boleh anda pertimbangkan. Pakej Pelancongan ke Turki ini direka bagi memudahkan perjalanan dan memberikan pengalaman melancong yang berharga kepada anda.

Pakej ke Turki 2019-2020Pakej Ke Turki 8H7M Yang Menarik

Perlukan satu pakej yang lengkap memenuhi kepuasan melancong anda? Anda tidak sempat untuk membuat carian tempat-tempat yang menarik di Turki? Inginkan kos melancong yang rendah? Semua itu kami telah ambil kira dan memberikan anda satu pakej pelancongan yang mampu milik!

Merancang lawatan sendiri VS Mengambil pakej sedia ada

Pakej ke Turki 2019-2020Melancong dengan perjalanan sendiri dan juga melancong dengan mengikuti pakej yang disediakan masing-masing mempunyai kelebihan. Setiap pelancong mempunyai gaya dan keselesaan sendiri untuk berkunjung ke luar negera.

  1. Keselamatan
    Mengambil pakej pelancongan yang sedia ada menjamin keselamatan anda kerana disertai dengan pemandu pelancong bertauliah. Anda juga dilindungi oleh insuran berkelompok bergantung kepada pakej yang anda pilih. Selain itu, anda akan ditemani oleh ramai lagi rakan senegara yang melancong berserta dengan anda yang mengambil pakej yang sama, membolehkan anda untuk “keep on eye” antara satu sama yang lain.
  2. Menjimatkan masa
    Melalui pakej pelancongan, masa persediaan anda akan dapat dijimatkan kerana kesemuanya sudah diatur dengan rapi. Merancang sendiri percutian tentu mengambil masa yang panjang kerana anda perlu mengambil berat tentang banyak hal seperi kos dan destinasi yang perlu anda pilih.

Kenali Kami Terlebih Dahulu

Mustaqim Travel and Tours Sdn. Bhd. adalah sebuah Syarikat pelancongan berdaftar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.  Matlamat utama kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap tetamu yang ingin melancong ke Turki melalui beberapa pakej yang di tawarkan.

Pakej ke Turki 2019-2020

Pengalaman adalah kekuatan utama kami dan pengalaman melancong anda yang berharga merupakan matlamat kami. Kami menyediakan tiga pakej pelancongan, masing-masing memakan masa 8 hari dan 7 malam. Walaubagaimanapun kami juga menyediakan pakej khas untuk pelanggan korporat dan juga yang menginginkan pakej ala carte.

Pakej ke Turki 2019-2020

Ini menjadikan pengalaman percutian anda dapat diisi dengan kesemua tempat di Turki yang telah kami pilih untuk anda.

3 Pakej Ke Turki dari Kembara Istanbul

  1. Pakej ke Turki – Cities Escape
    Pakej yang kami tawarkan sepanjang bulan Mei hingga bulan Oktober. Ia merupakan peralihan musim bunga, musim panas dan musim luruh di Turki. Kesemua destinasi yang dipilih telah disusun.

Pakej ke Turki 2019-2020

  1. Pakej Ke Turki – Tulip Festival
    Pakej ini ditawarkan pada musim bunga negara Turki, iaitu bulan Mac hingga bulan Mei. Jika anda ingin menyaksikan sendiri keindahan bunga tulip mekar, kami galakkan anda untuk mengikuti pakej ini.

Pakej ke Turki 2019-2020

  1. Pakej Ke Turki – Winter Festival
    Bagi anda yang ingin merasakan keseronokan salji, permainan ski dan cable car, pakej ini adalah untuk anda. Kami tawarkan pakej ini sepanjang bulan November hingga bulan April. Suhu pada ketika ini agak dingin namun banyak aktiviti yang boleh diisi termasuk menyaksikan puluhan belon udara panas yang beterbangan di Cappadocia.

Pakej ke Turki 2019-2020

Apa yang anda dapat dengan pakej kami?

PENGINAPAN – Hotel Bertaraf 3 & 4 & 5 bintang (Setaraf)

Sepanjang tempoh lawatan ke Turki, penginapan kepada setiap peserta disediakan amat selesa sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Peserta akan dibawa menginap di hotel berkelas 3,4,5 bintang di Canakkale, Kusadasi, Cappadocia, Bolu dan juga Istanbul.

pakej ke turki 2019-2020

MAKANAN – 3 Kali Sehari

Kesemua restoran yang dipilih adalah halal dan anda akan ditanggung makan dibawah pakej ini 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Salah satu tempat yang paling menarik adalah anda akan dibawa makan tengahari di Cave Restaurant dengan menu ala Turki. Restoran ini seakan-akan berada di dalam gua kerana pengaruh dari bentuknya.

Pakej ke Turki 2019-2020

BAYARAN MASUK TEMPAT LAWATAN

Sepanjang lawatan ini, anda akan dibawa ke beberapa tempat yang wajib dikunjungi ketika berkunjung ke negara Turki. Di sini anda akan diberikan peluang untuk menyaksikan sendiri keajaiban dan keindahan beberapa bandar utama yang akan kita kunjungi iaitu Mausoleum Of Ataturk, Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rock, Gerome Valley Open Air Museum, Caravanserai Sultanhani, Cotton Castle dan banyak lagi. Sebahagian dari tempat ini mempunya bayaran masuk namun kami sudah rangkumkan dalam pakej kami.

Pakej ke Turki 2019-2020

PENGANGKUTAN – VIP Dilengkapi WIFI

Perjalanan anda selama lapan hari dan tujuh malam ini menggunakan pengangkutan peribadi Mercedes Sprinter ataupun Minibus. Dengan Van mercedes Sprinter ini, perjalanan anda adalah seperti Private Trip yang mana anda dapat berhenti dalam perjalanan sekiranya berlaku kecemasan seperti ingin ken tandas atau membeli buah tangan di tepi jalan. Kos pengangkutan yang ditanggung adalah termasuk bayaran tol lebuhraya dan juga bayaran bagi parking. Kami hanya menggunakan bas untuk trip korporat dan Open Trip dengan peserta 25 orang dan keatas sahaja.

Pakej ke Turki 2019-2020

KHIDMAT PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL

Sepanjang perjalanan kita akan disertai dengan pemandu pelancong tempatan Turki yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan perwatakan baik berpesonaliti yang kacak.

Pakej ke Turki 2019-2020

BHOSPORUS CRUISE – Percuma

Pakej yang anda bayar juga sudah merangkumi bayaran menaiki Bhosporus Cruise serta menikmati pemandangan sepanjang selat emas ini. Anda akan dibawa oleh kapal ke laut dan menyaksikan pemandangan bandar Istanbul . Hampir kesemua bangunan di Istanbul yang kita akan lawati boleh disaksikan dari kapal ini dan pemandangannya sangat cantik.

Kenapa anda perlu memilih pakej yang kami sediakan?

  • Kami berpengalaman dalam selok belok di Negara Turki dan mempunyai beberapa rakan strategik yang berpusat di Istanbul.
  • Rancangan perjalanan yang sangat rapi dan padat bagi memenuhi permintaan pelanggan.
  • Harga Pakej yang mampu milik dengan harga Joined Trip adalah bermula dari RM1899 sahaja.
  • Deposit yang rendah dengan hanya membayar RM600 anda sudah dapat menempah pakej kami dan bayaran penuh boleh dibuat secara ansuran tetapi mesti dijelaskan 45 hari sebelum berlepas ke Istanbul.

Pakej ke Turki 2019-2020

JOM MELANCONG KE TURKI! 

Apa tunggu lagi, pakej yang terbaik dari kami. Tempah Pakej Melancong ke Turki dari kami sekarang.

Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan dan booking.

Ustaz Hakim : +6017 820 2010 – Link Whatsapp

website:

www.kembaraistanbul.com

++++++

Kembara Istanbul | (Mustaqim Travel and Tours Sdn Bhd)


честные казино с быстрыми выплатами
бездепозитные бонусы казино
играть в лучшем казино на деньги
база казино с бездепозитным бонусом
онлайн казино России
casino oyunu

163 Wisma Dato’ Rashid
70100 Jalan Zaaba
Seremban Negeri Sembilan

Team Kembara Istanbul

Hotel Terbaik di Turki

9 Hotel Terbaik Di Turki – Murah dan Selesa

Melancong ke Turki merupakan impian ramai orang bahkan ada yang menyenaraikan negara ini sebagai Top Ten destinasi pelancongan mereka. Boleh dikatakan Turki adalah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong malaysia selepas Mekah sebagai Umrah. Sebelum datang melancong ke Turki, pastikan dahulu tempat penginapan anda. Penginapan yang selesa sangat diperlukan untuk istirehat anda selepas penat lelah berjalan-jalan di sekitar tempat menarik di Turki. Dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan hotel-hotel terbaik di Turki. Senarai ini bukanlah senarai rasmi, namun berdasarkan testimoni daripada orang ramai, inilah 9 hotel terbaik din Turki untuk penginapan anda di Turki nanti!

Istanbul Turki malamApa yang dinilai dari hotel?

Kami menilai hotel berdasarkan kos dan juga kemudahan yang diberikan. Sebelum itu perkara berikut wajib anda diketahui olerh anda, bagaimana kami menilai hotel terbaik di Turki?

Senarai yang kami terbitkan adalah berdasarkan daripada testimoni (review) sebenar daripada pelbagai sumber. Testimoni hanya di ambil kira untuk orang yang pernah menginap di hotel itu sendiri.

apa yang menarik di TurkiFakta Turki: Apa Yang Menarik

  • Negara empat musim
  • Geografi negara yang terletak di dua benua iaitu Eropah dan Asia (Eurosia)
  • Negara asal bunga Tulip
  • Tempat kelahiran warna ‘turquoise’
  • Istanbul (pastinya anda pernah mendengar nama tempat ini)

Pastinya fakta-fakta tersebut membuatkan anda tertarik untuk melawat negara Turki. Bagi anda yang ingin merancang percutian sendiri

9 Hotel Terbaik Di Turki – Murah dan Selesa

Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai 10 hotel terbaik Turki dari kami.

1. Hotel Amira Istanbul

Hotel amira IstanbulBerada di tangga pertama pilihan kami, Hotel Amira Istanbul. Pekerja hotel ini mampu membuatkan anda seperti sedang berada di rumah sendiri. Pemandangan dari bilik hotel mempamerkan keindahan bandar Istanbul. Lokasinya sangat strategik sekiranya anda merancang untuk mengelilingi istanbul. Jaraknya hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Muzium Hagia Sophia. Hotel ini dilengkapi dengan wifi percuma dan juga sarapan buffet.

2. Basileus Hotel

Basileus Hotel TurkiHotel yang sempurna bagi anda yang tidak ingin mengeluarkan kos yang terlalu tinggi. Harga bilik di hotel ini bermula dari RM243. Lokasinya yang teletak hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Grand Baazar.Hotel ini juga dilengkapi dengan wifi percuma dan pakej sarapan pagi. Walaupun ini merupakan hotel 3 bintang namun perkhidmatan yang diberikan oleh staff hotel seakan-akan 5 bintang!

3. Aydinli Cave Hotel

Aydinli Cave Hotel Istanbul TurkiHotel 3 bintang ini mempunyai pekerja kaunter yang peramah dan juga memberikan hospitaliti terbaik. Jika anda merupakan pelanggan hotel ini, anda akan diberikan parking, wifi dan sarapan percuma. Anda memerlukan bantuan shuttle bus dari airport ke hotel ini, mereka boleh melakukannya. Hotel ini didirikan dengan batu seakan-akan batu gua, membuatkan suasana seperti berada dalam rumah batu yang diukir. Namun jangan tertipu dengan bahan binaannya kerana kelengkapan di dalam bilik hotel sangat moden.

4. White House Hotel Istanbul

White House Hotel IstanbulHotel ini mempunyai lebih daripada tiga ribu testimoni yang positif. Dari namanya sahaja kita sudah dapat meramal suasana bilik hotel. Dihiaskan dengan warna putih dan emas, membuatkan suasana damai. Anda akan merasakan ‘warm welcome’ selepas disambut dengan ramah oleh perkhidmatan kaunter. Satu kata untuk hotel ini, CantikTomtom Suites

Dahulunya bangunan hotel ini digunakan sebagai rumah kepada biara-biara Perancis. Pada masa kini ia menjadi salah satu hoptel pilihan pelancong. Tinggal di hotel ini agak mahal, namun setimpal dengan apa yang anda dapat. Pemandangannya yang menarik dari dalam bilik disebabkan oleh jalan bukit. Anda akan dapat menyaksikan Istana Topkapi dari dalam bilik ‘Standard Suite’.

5. El Vino Hotel & Suites

El Vino Hotel & SuitesJika anda mencari perkhidmatan hotel yang profesional, di sinilah tempatnya. Agak susah untuk mencari sisi yang boleh diperbaiki di hotel ini kerana ia seakan-akan sempurna. Dengan harga yang bermula sekitar RM400, anda akan mendapat penginapan ‘Luxury’, bahkan lebih mewah dari beberapa hotel mahal. Salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Bodrum.

6. Sirkeci Mansion

Sirkeci Mansion Hotel TurkiLayanan terhadap pelanggan yang tip top diberikan oleh hotel ini. Untuk bergerak ke destinasi pilihan anda di Istanbul tidak begitu jauh, hanya beberapa minit dari hotel ini. Menariknya, hotel ini mempunyai spa sendiri. Jika ingin merasakan suasana yang sunyi dan tenang, pilihlah hotel ini!

7. Yasmak Sultan Hotel

Yasmak Sultan Hotel IstanbulSebuah hotel 4 bintang untuk anda diami ketika perjalanan anda menerokai kota Istanbul. Hotel ini menyediakan kolam renang, sarapan pagi yang enak serta sauna. Apa lagi yang anda perlukan selain daripada tidur yang selesa dan wifi percuma? Pekerja juga begitu ramah bermula dari layanan kaunter hinggalah ke perkhidmatan bilik.

8. Neorion Hotel

Neorion Hotel TurkiHotel yang hanya mempunyai 30 bilik untuk disewa sangat dilengkapi dengan kemudahan yang moden. Ambil masa untuk berendam di kolam renang, sauna dan juga perpustakaan budaya. Hotel ini sendiri memberikan gelaran ‘Museum Quality’ pada perhiasan dalamannya.

9. Kayakapi Premium Caves – Cappadocia

Kayakapi Premium Caves – CappadociaHotel Kapakapi Premium Caves yang terletak di Cappadocia sangat menakjubkan. Namun kedudukannya di tangga kesepuluh hanya disebabkan oleh harganya yang terlalu mahal. Namun jika anda jenis orang yang tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk perkhidmatan terbaik, inilah hotel yang terbaik untuk anda. Ia adalah pemenang untuk Trip Advisor Traveler Choice selama lima tahun berturut-turut. Jika tidak mengambil kira harga, hotel ini akan berada di kedudukan pertama.

Hotel Penginapan Sebagai Memori Indah

Terdapat puluhan lagi hotel terbaik di Turki yang boleh dipertimbangkan. Namun ia bergantung kepada gaya pelancongan anda. Adakalanya pelancong hanya ingin mendapatkan hotel sebagai tempat tidur dan tidak begitu kisah dengan kualiti layanan yang diberikan. Namun apapun citarasa anda, anda tetap berhak untuk mendapatkan kediaman yang sempurna semasa lawatan anda ke Turki.

Kembara Istanbul Trip Musim Sejuk

Musim Sejuk di Turki | Aktiviti Wajib Ketika Melancong

Anda mungkin menjangkakan bahawa bilangan pelancong di Turki berkurangan pada musim sejuk. Namun beberapa tempat masih menjadi tarikan pelancong semasa musim sejuk di Turki. Apabila tiba musim sejuk di Turki, apa yang anda dapat lakukan?

Musim Sejuk di Turki adalah bermula dari dari Disember hingga Februari. Menariknya musim tersebut berlaku semasa peralihan tahun. Ada baiknya anda meluangkan waktu percutian anda di Turki dengan beberapa aktiviti menarik. Disini kami menyenaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada melawat tempat-tempat yang bersejarah di Turki.

Aktiviti Wajib Melancong di Musim Sejuk di Turki

Gunung Uludag di Kota Bursa

Gunung Uludag TurkiNikmati percutian musim sejuk anda di Turki dengan datang ke gunung Uludag yang dipenuhi salji putih semasa musim sejuk, memberikan anda suasana nyaman dan dingin. Untuk sampai ke destinasi, anda akan dibawa ke ke Gunung Uludag dengan menggunakan Cable Car.

Tiket untuk menaiki Cable Car ini adalah sekitar 27.00 TL (Turkish Lira). Anda tidak akan merasa bosan untuk baris menunggu giliran menaiki Cable Car ini. Sebuah Cable Car berkapasiti maksimum 4 orang. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di dalam perjalanan menaiki Cable Car jika anda masih mampu mengawal adrenaline anda.

Kabel Car Gunung Uludag TurkiPerjalanan ini mungkin mengambil masa selama beberapa minit. Setibanya anda di Gunung Uludag, anda akan  disambut dengan suasana yang ceria dengan muzik yang dimainkan sambil menyaksikan banyak orang sedang bermain ski. Jika anda ingin merasakan sendiri permainan ski, anda boleh meminjam kelengkapan permainan serendeh 70.00 TL untuk sepanjang hari.

Penuhi hari anda di Gunung Uludag dengan bermain salji dan mengambil foto kenangan di sekitar pergunungan. Minuman panas sentiasa tersedia di café atas gunung jika anda ingin meneutralkan suhu badan yang terlalu dingin. Gunung yang terletak di Selatan Istanbul ini sentiasa menantikan kunjungan anda di musim sejuk.

Tahun Baru di Istanbul.

Tahun Baru di Istanbul Musim Sejuk di Turki

Rasakan sendiri makanan tradisional di tempat ini setiap kali New Year Eve dirayakan iaitu Ayam Turki Panggang. Setiap bar dan restoran di Istanbul pasti menyediakan hidangan asli Turki ini. Merasakan hidangan ayam turki panggang di tempat asal resepi ini semasa tahun baru, bukankah itu satu hal yang jarang kita alami? Di malam hari ini semua orang akan menantikan detik-detik selepas jam 12.00 malam kerana langit malam akan dipenuhi dengan sorakan bunga api.

Keesokan harinya anda sudah boleh memulakan perjalanan anda untuk mengelilingi Istanbul. Ambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat yang bersejarah seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, Muzium Arkeologi Istanbul dan Istana Topkapi yang menyimpan seribu satu cerita dan peristiwa penting dalam sejarah tempatan.

Musim Sejuk di Turki Tahun BaruAkhiri perjalanan anda dengan menaiki Bosphorus Cruise. Perjalanan atas kapal ini membolehkan anda menyaksikan keindahan Istanbul dari laut. Di sini, hampir kesemua tempat yang anda sudah lawati boleh dilihat dari jauh.

Menerokai Cappadocia

Kembara Istanbul Peserta WinterSemasa musim sejuk di Cappadocia, beri peluang kepada diri anda untuk berasa takjub dengan menyaksikan sendiri puluhan belon udara panas di langit yang bermula seawal pagi ketika anda mula menuju ke destinasi.

Beberapa tempat di Cappadocia juga membuatkan anda berasa seperti di dunia kuno. Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rock dan Open Air Museum adalah destinasi utama anda di sini. Rehat sebentar dari penerokaan anda dengan menikmati hidangan di Cave Restaurant, restoran yang seakan-akan di dalam gua.

Peluang berbelanja dengan kos yang rendah

Grand Bazaar Turki
Photo Kredit: pakarpercutian.com

Bulan Disember dan juga bulan Januari adalah masa yang baik untuk membeli belah terutamanya di Istanbul, ini kerana banyak pusat membeli belah di Istanbul yang menawarkan harga diskaun. Grand Baazar juga masih ramai dengan pembeli dan penjual yang tawar menawar. Biasanya barangan yang dijual semasa hujung tahun dan awal tahun di negara ini mempunyai harga yang lebih rendah.

Oleh itu tidak hairanlah jika ia merupakan cara terbaik untuk mengisi musim sejuk anda di Turki. Selain dari harga barangan, didapati hotel-hotel juga menurunkan harga bilik mereka. Ini disebabkan kurangnya permintaan daripada pelancong semasa musim sejuk. Oleh itu hotel menggunakan strategi menurunkan harga untuk menarik minat pelancong untuk menyewa bilik.

“Food-Hunting Mode”

Lahmachun Makanan Turki
Sumber: steemit.com

Oleh kerana kurangnya kesesakan pelancong di Negara ini berbanding dengan musim yang lain, maka musim ini sangat sesuai untuk anda meninjau tempat-tempat yang mempunyai makanan yang menarik. Beberapa menu yang anda harus cuba Menemen, Kofte, Manti, Lahmacun dan juga makanan yang terkenal disini iaitu Kebap.

Memakan sesuatu yang memanaskan badan sangat sesuai untuk meneutralkan suhu badan ketika musim sejuk. Dua minuman panas yang terkenal di Turki iaitu Salep dan Boza juga patut dicuba. Salep campuran susu panas dengan akar orkid. Biasanya diminum sebagai alternatif kepada kopi. Manakala Boza pula adalah minuman yang difermentasi dan dibuat daripada bijirin, gula, yogurt dan juga vanila.

Terdapat satu kedai yang sangat terkenal menjual Boza iaitu Vefa Bozaci shop di bandar Istanbul.

Musim Sejuk, Waktu Yang Sesuai Melancong Ke Turki

Bagi anda yang suka suasana yang kurang sesak, percutian musim sejuk di Turki sangat sesuai untuk anda. Bukan hanya dapat menikmati percutian yang tenang, malah jika anda bertuah, kos yang anda belanjakan pada musim ini lebih murah. Suasana musim sejuk di negara Turki tentu mempunyai persekitaran yang berbeza dengan musim yang lain. Walaupun suhu agak sejuk namun pasti berbaloi dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Tidak hairanlah jika ramai pelancong masih datang berkunjung ke Istanbul Turki semasa musim ini.