Alexandria Mesir

Tempat menarik di Mesir Wajib dilawati

Mesir adalah salah satu destinasi pelancongan tertua di dalam dunia dan merupakan antara tempat impian pelancong dari seluruh dunia. Mesir merupakan sebuah negara di Rantau Afrika Utara. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak tempat menarik di Mesir yang popular seperti Piramid dan Monumen kuno.

 

Selain itu, masih terdapat banyak lagi tempat yang menarik untuk anda jelajahi seperti pelayaran di Sungai Nil yang umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia.

Sungai Nil Tempat Menarik di MEsir

Dengan menjejakkan kaki anda di negara Mesir ini pasti ia dapat menghidupkan kembali memori dan pengetahuan yang telah dipelajari semasa di bangku sekolah. Bagi anda yang merancang untuk melancong ke Mesir, kami telah menyenaraikan beberapa tempat menarik yang wajib dijadikan sebagai destinasi utama untuk lawatan anda nanti.

7 Tempat Menarik di Mesir Yang Wajib Anda Lawati

1. Cairo

Cairo merupakan ibu negara Mesir. Bandar metropolitan ini adalah salah satu bandar terbesar di Afrika dan Timur tengah  yang mana sekaligus menjadikan ia bandar terbesar di negara Mesir itu sendiri. Di Cairo ini  terdapat Piramid Giza dan Sphinx terbesar yang terkenal.

7 Tempat Menarik di MesirKalau anda nak tahu, Sphinx ini hanya terletak bersebelahan sahaja dengan Piramid Giza. Jadi, sekiranya anda pergi ke sini anda akan dapat melihat kedua-dua monumen besar ini dalam satu masa.

 

Selain daripada itu, pengalaman berlayar di Sungai terpanjang di dunia iaitu Sungai Nil wajib dijadikan salah satu bucket list destinasi utama lawatan anda.

 

Manakala untuk melihat barang-barang kuno, kebudayaan dan kepentingan sejarah, anda bolehlah melawat beberapa muzium menarik di Mesir yang terdapat di sekitar Cairo ini.

Masjid Muhammad Ali MesirSekiranya anda ingin melihat keindahan seni bina Islam yang menarik di Mesir pula, anda boleh lah mengunjungi masjid-masjid yang terdapat di sini dan salah satu daripadanya adalah Masjid Muhammad Ali. Masjid ini merupakan masjid yang paling ramai dikunjungi pelancong kerana ia diakui ramai sebagai salah satu tempat menarik di Mesir.

 

Tidak lupa juga tempat untuk membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada yang tersayang dan sahabat handai, anda bolehlah meninjaunya di pasar tertua Cairo iaitu Khan el-Khalili. Khan el-Khalili ini merupakan pasar utama bagi pusat sejarah Islam di Cairo.

 

2. Alexandria

Alexandria MesirAlexandria merupakan bandar raya pelabuhan Mediterranean dan bandar kedua terbesar di Mesir. Bandar raya ini dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Alexander Agung yang mempunyai nama julukan sebagai Pearl of the Mediterranean. Bandar raya ini merupakan rumah kepada perpustakaan besar yang kini dinamakan Bibliotheca Alexandrina.

 

Alexandria terkenal dengan keagungan sejarah dan senibina bangunan yang luar biasa. Maka, tidak hairan lah perpustakaan ini menjadi tarikan utama pelancong yang tidak ingin melepaskan peluang menjejakkan kaki ke tempat-tempat menarik di Mesir ini.

Bey Citadel Alexandria MesirSetelah anda mengunjungi perpustakaan ini, anda juga amat disyorkan untuk melawat Muzium Alexandria yang cuma mengambil masa 20 minit dengan berjalan kaki atau 5 minit sahaja sekiranya menaiki kenderaan ke tempat tersebut.

 

Tidak lupa juga, anda masih boleh meluangkan waktu yang berbaki di sana untuk melawat ke Al Montaza Garden dan melihat keindahan pantai di laut Mediterranean.

 

3. Faiyoom

Bandar yang terkenal sebagai bandar paling subur di Mesir ini adalah merupakan bandar yang dipertanggungjawabkan kepada Nabi Yusuf AS ribuan tahun yang lalu.

Faiyoom Mesir Kincir Air
Sumber: https://www.polarsteps.com

Selain terkenal dengan tanah yang subur, ia juga dikenali sebagai tempat peninggalan sejarah penting yang mana di sinilah terdapat kawasan yang mempunyai kesan runtuhan bangunan yang dipercayai merupakan Istana Qorun. Selain itu, anda juga boleh melihat kincir air peninggalan Nabi Yusuf AS.

 

4. Aswan

Bandar Aswan terletak di selatan Mesir dan pada mulanya ia dipanggil Nubia oleh orang-orang tempatan. Dengan keramahan penduduk setempat,  anda akan merasa lebih mudah untuk menjelajah bandar Aswan ini.

Sungai Nil Nubia

Sungai Nil merupakan antara tempat menarik di Mesir yang selalu dilawati oleh pelancong. Hal ini kerana pemandangan sungai Nil amat cantik jika dihayati dari tempat ini dan ramai pelancong yang tidak akan melepaskan peluang untuk berlayar di sepanjang sungai Nil dan melihat pemandangan padang gurun di sekitarnya.

 

Aswan mempunyai iklim padang pasir yang panas seperti di seluruh mesir dan juga merupakan salah satu bandar terpanas dan paling kering di dunia. Namun, keadaan iklim sebegitu tidak menghalang anda untuk menikmati keindahan yang terdapat di bandar Aswan.

 

Selain daripada pemandangan yang cantik di sungai Nil , anda juga perlu melawat ke Nubian Village di Elephantine Island untuk melihat beberapa tapak arkeologi di pulau itu.

Khan Mausoleum MesirSeterusnya, anda juga harus melawat ke Aga Khan Mausoleum yang merupakan makan Aga Khan III Sultan Muhammed Shah. Makam yang dibina dari batu kapur merah jambu ini dibina dengan gaya yang mirip dengan makam Fatimiyah di Cairo.

 

5. Kom Ombo

Kom Ombo merupakan Kawasan pertanian terbesar di selatan Gebel el-Silsila dan ianya terletak di antara Aswan dan Edfu. Kuil zaman purba Ptolemaic Kom Ombo juga terkenal dengan strukturnya yang unik dan mumia buaya.

Kuil Kom Ombo Mesir

Sekiranya anda berasa tertarik untuk melihat buaya yang dijadikan mumia, anda boleh lah melawat ke Muzium buaya ini. Ia terletak berdekatan sahaja dengan Kuil Kom Ombo.

 

Manakala, Kira-kira 30 kilometer di utara Aswan, terdapat Kuil yang dibina pada zaman Graeco-Rom yang dikhususkan untuk dewa buaya, Sobek dan tuhan yang berkepala telur, Horus. Di sana juga anda boleh melihat beberapa buaya mumia di kuil tersebut.

 

6. Edfu

Edfu Tempat Menarik di Mesir

Bandar ini terletak di barat Sungai Nil antara Esna dan Aswan dan juga merupakan tapak Kuil Ptolemaic Horus serta penempatan Kuno. Di sini terdapat sisa piramid purba yang terletak sekitar 5 Kilometer di utara Edfu.

 

Bandar ini juga terkenal sebagai salah satu tempat menarik di Mesir kerana terdapat kuil Ptolemaik utama yang dibina antara tahun 237SM dan 57 SM semasa pemerintahan Cleopatra VII di sini.

Kuil Horus Aswan Mesir

Selain itu, terdapat juga kuil yang bernama Kuil Horus untuk anda lihat keunikan binaannya yang mana diperbuat daripada blok batu pasir.

7. Luxor

Luxor adalah bandar yang terletak di Selatan Mesir yang menjadi tapak Kota Waset pada Zaman Mesir Purba. Ia lebih dikenali sebagai Thebes oleh orang Yunani.

Thebes Luxor Menarik di Mesir

Luxor merupakan salah satu tempat menarik di Mesir dan menjadi tumpuan ribuan pelancong dari seluruh dunia setiap tahun kerana ia merupakan muzium terbuka yang terbesar di dunia. Keunikan runtuhan kuil di Karnak dan Luxor yang berdiri di tengah-tengah bandar moden ini menjadi tarikan kepada pelancong.

 

Sekiranya anda berminat dengan bidang kesenian, anda bolehlah melawat ke Kilang Alabaster di Luxor dan membeli buah tangan dari sana.

colossi of memnon Mesir

Tidak lengkap sekiranya anda tidak pergi ke Colossi of Memnon ataupun dikenali sebagai Es-Salamat dalam Bahasa Arab. Colossi of Memon ini merupakan dua patung besar Firaun Amenhotep III yang mana merupakan pemerintah Mesir semasa Dinasti XVII. Dua patung besar ini terletak di Theban Necropolis di sebelah barat Sungai Nil di Luxor.

 

Apa Lagi! Jom Melancong Ke Mesir

Tempat Menarik di MesirTempat-tempat yang disenarai pendekkan ini tidak dapat difahami secara menyeluruh sekiranya anda masih tidak menjejakkan kaki ke Mesir. Rancang percutian anda dengan bijak sekarang dan moga entry ini banyak membantu anda.  

Hotel Terbaik di Turki

9 Hotel Terbaik Di Turki – Murah dan Selesa

Melancong ke Turki merupakan impian ramai orang bahkan ada yang menyenaraikan negara ini sebagai Top Ten destinasi pelancongan mereka. Boleh dikatakan Turki adalah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong malaysia selepas Mekah sebagai Umrah. Sebelum datang melancong ke Turki, pastikan dahulu tempat penginapan anda. Penginapan yang selesa sangat diperlukan untuk istirehat anda selepas penat lelah berjalan-jalan di sekitar tempat menarik di Turki. Dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan hotel-hotel terbaik di Turki. Senarai ini bukanlah senarai rasmi, namun berdasarkan testimoni daripada orang ramai, inilah 9 hotel terbaik din Turki untuk penginapan anda di Turki nanti!

Istanbul Turki malamApa yang dinilai dari hotel?

Kami menilai hotel berdasarkan kos dan juga kemudahan yang diberikan. Sebelum itu perkara berikut wajib anda diketahui olerh anda, bagaimana kami menilai hotel terbaik di Turki?

Senarai yang kami terbitkan adalah berdasarkan daripada testimoni (review) sebenar daripada pelbagai sumber. Testimoni hanya di ambil kira untuk orang yang pernah menginap di hotel itu sendiri.

apa yang menarik di TurkiFakta Turki: Apa Yang Menarik

  • Negara empat musim
  • Geografi negara yang terletak di dua benua iaitu Eropah dan Asia (Eurosia)
  • Negara asal bunga Tulip
  • Tempat kelahiran warna ‘turquoise’
  • Istanbul (pastinya anda pernah mendengar nama tempat ini)

Pastinya fakta-fakta tersebut membuatkan anda tertarik untuk melawat negara Turki. Bagi anda yang ingin merancang percutian sendiri

9 Hotel Terbaik Di Turki – Murah dan Selesa

Tanpa membuang masa, berikut adalah senarai 10 hotel terbaik Turki dari kami.

1. Hotel Amira Istanbul

Hotel amira IstanbulBerada di tangga pertama pilihan kami, Hotel Amira Istanbul. Pekerja hotel ini mampu membuatkan anda seperti sedang berada di rumah sendiri. Pemandangan dari bilik hotel mempamerkan keindahan bandar Istanbul. Lokasinya sangat strategik sekiranya anda merancang untuk mengelilingi istanbul. Jaraknya hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Muzium Hagia Sophia. Hotel ini dilengkapi dengan wifi percuma dan juga sarapan buffet.

2. Basileus Hotel

Basileus Hotel TurkiHotel yang sempurna bagi anda yang tidak ingin mengeluarkan kos yang terlalu tinggi. Harga bilik di hotel ini bermula dari RM243. Lokasinya yang teletak hanya beberapa minit dari Masjid Biru dan Grand Baazar.Hotel ini juga dilengkapi dengan wifi percuma dan pakej sarapan pagi. Walaupun ini merupakan hotel 3 bintang namun perkhidmatan yang diberikan oleh staff hotel seakan-akan 5 bintang!

3. Aydinli Cave Hotel

Aydinli Cave Hotel Istanbul TurkiHotel 3 bintang ini mempunyai pekerja kaunter yang peramah dan juga memberikan hospitaliti terbaik. Jika anda merupakan pelanggan hotel ini, anda akan diberikan parking, wifi dan sarapan percuma. Anda memerlukan bantuan shuttle bus dari airport ke hotel ini, mereka boleh melakukannya. Hotel ini didirikan dengan batu seakan-akan batu gua, membuatkan suasana seperti berada dalam rumah batu yang diukir. Namun jangan tertipu dengan bahan binaannya kerana kelengkapan di dalam bilik hotel sangat moden.

4. White House Hotel Istanbul

White House Hotel IstanbulHotel ini mempunyai lebih daripada tiga ribu testimoni yang positif. Dari namanya sahaja kita sudah dapat meramal suasana bilik hotel. Dihiaskan dengan warna putih dan emas, membuatkan suasana damai. Anda akan merasakan ‘warm welcome’ selepas disambut dengan ramah oleh perkhidmatan kaunter. Satu kata untuk hotel ini, CantikTomtom Suites

Dahulunya bangunan hotel ini digunakan sebagai rumah kepada biara-biara Perancis. Pada masa kini ia menjadi salah satu hoptel pilihan pelancong. Tinggal di hotel ini agak mahal, namun setimpal dengan apa yang anda dapat. Pemandangannya yang menarik dari dalam bilik disebabkan oleh jalan bukit. Anda akan dapat menyaksikan Istana Topkapi dari dalam bilik ‘Standard Suite’.

5. El Vino Hotel & Suites

El Vino Hotel & SuitesJika anda mencari perkhidmatan hotel yang profesional, di sinilah tempatnya. Agak susah untuk mencari sisi yang boleh diperbaiki di hotel ini kerana ia seakan-akan sempurna. Dengan harga yang bermula sekitar RM400, anda akan mendapat penginapan ‘Luxury’, bahkan lebih mewah dari beberapa hotel mahal. Salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Bodrum.

6. Sirkeci Mansion

Sirkeci Mansion Hotel TurkiLayanan terhadap pelanggan yang tip top diberikan oleh hotel ini. Untuk bergerak ke destinasi pilihan anda di Istanbul tidak begitu jauh, hanya beberapa minit dari hotel ini. Menariknya, hotel ini mempunyai spa sendiri. Jika ingin merasakan suasana yang sunyi dan tenang, pilihlah hotel ini!

7. Yasmak Sultan Hotel

Yasmak Sultan Hotel IstanbulSebuah hotel 4 bintang untuk anda diami ketika perjalanan anda menerokai kota Istanbul. Hotel ini menyediakan kolam renang, sarapan pagi yang enak serta sauna. Apa lagi yang anda perlukan selain daripada tidur yang selesa dan wifi percuma? Pekerja juga begitu ramah bermula dari layanan kaunter hinggalah ke perkhidmatan bilik.

8. Neorion Hotel

Neorion Hotel TurkiHotel yang hanya mempunyai 30 bilik untuk disewa sangat dilengkapi dengan kemudahan yang moden. Ambil masa untuk berendam di kolam renang, sauna dan juga perpustakaan budaya. Hotel ini sendiri memberikan gelaran ‘Museum Quality’ pada perhiasan dalamannya.

9. Kayakapi Premium Caves – Cappadocia

Kayakapi Premium Caves – CappadociaHotel Kapakapi Premium Caves yang terletak di Cappadocia sangat menakjubkan. Namun kedudukannya di tangga kesepuluh hanya disebabkan oleh harganya yang terlalu mahal. Namun jika anda jenis orang yang tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk perkhidmatan terbaik, inilah hotel yang terbaik untuk anda. Ia adalah pemenang untuk Trip Advisor Traveler Choice selama lima tahun berturut-turut. Jika tidak mengambil kira harga, hotel ini akan berada di kedudukan pertama.

Hotel Penginapan Sebagai Memori Indah

Terdapat puluhan lagi hotel terbaik di Turki yang boleh dipertimbangkan. Namun ia bergantung kepada gaya pelancongan anda. Adakalanya pelancong hanya ingin mendapatkan hotel sebagai tempat tidur dan tidak begitu kisah dengan kualiti layanan yang diberikan. Namun apapun citarasa anda, anda tetap berhak untuk mendapatkan kediaman yang sempurna semasa lawatan anda ke Turki.

Istanbul Turki malam

20 Tempat Makan Best Di Istanbul – Wajib Cuba

Turki atau juga dikenali sebagai Constantinople dan Byzantine salah satu negara yang menjadi salah satu pilihan popular orang Malaysia. Kaya dengan sejarah dan peradaban dunia yang penting termasuklah Kerajaan Islam Uthmaniyah. Daripada pelbagai daya tarikan yang ada di Turki, tempat makan best di Istanbul semestinya menjadi senarai tempat yang ingin dilawati oleh setiap pelancong.

Tempat Makan best di Istanbul20 Tempat Makan Best Di Istanbul – Wajib Dicuba Ketika Bercuti di Turki

Terdapat berpuluh-puluh tempat makan yang menarik apalagi di Istanbul sendiri. Dalam artikel ini kami membuat 20 senarai yang terkenal tempat makan best di Istanbul yang tentunya memberikan hidangan dan pengalaman yang anda perlu cuba sendiri.

 

Restoran Buhara Ocakbasi Istanbul1. Restoran Buhara Ocakbasi

Pelayan di restoran ini mempunyai semua ciri-ciri 5 bintang yang anda ingin berikan. Makanan identitinya iaitu Kebab wajib anda cuba. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati minuman teh secara percuma. Walaupun restoran ini agak kecil dan harganya agak tinggi  namun ini merupakan salah stau restoran sedap yang tip top di Istanbul.

 

Antiochland Meat & Fish Istanbul2. Antiochland Meat & Fish

Peminat makanan ala ‘grill’ semestinya suka tempat makan di Antiochland Meat & Fish. Hidangan utama di restoran ini sudah dijelaskan sendiri melalui nama restorannya iaitu makanan laut dan daging. Beberapa makanan disini juga dikhaskan untuk vegetarian.

Antiochland Meat & Fish Istanbul TurkiUntuk harga pula, ia sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal. Layanan oleh kakitangan restoran ini membuat anda merasa seperti seorang pengunjung yang istimewa.

 

3. Marbella Terrace Café

Marbella Terrace Café Istanbul TurkiIni merupakan sebuah restoran tempat makan best di Istanbul yang menyediakan makanan jenis BBQ . Kafe kecil ini mempunyai pemandangan yang cantik yang anda boleh nikmati sambil makan. Jelas bahawa kakitangan kafe ini sentiasa berusaha membuatkan setiap yang datang merasa ‘wow’ dengan memberikan layanan terbaik.

Marbella Terrace Café Istanbul

Menu juga mempunyai pilihan yang banyak seperti salad, pelbagai jenis minuman tempatan serta masakan makanan laut ala Turki.

 

4. Stone House Bistro Café

Stone House Bistro Café IstanbulSetiap pelancong yang datang ke tempat ini menggalakkan anda untuk mencuba sendiri hidangan The Turki bersama buah-buahan. Kafe ini juga menyediakan salah satu hidangan Kebab Ayam’ terbaik di Istanbul.

Stone House Bistro Café Istanbul TurkiJika mencari tempat makan terutamanya untuk makan tengahari semasa lawatan anda ke Istanbul, di sinilah tempatnya.

 

5. Saltanat Barbecue House

Saltanat Barbecue House IstanbulPilihan seterusnya tempat makan best di Istanbul bagi peminat BBQ adalah Saltanat Barbecue House. Hidangan dan harga tidak jauh beza dengan Marbella Terrace Café namun tempat ini tidak begitu sesak dengan kunjungan orang ramai.

Saltanat Barbecue House Istanbul TurkiKebab ayam dan kebab lembu adalah makanan yang sering dipesan oleh pengunjung restoran ini. Restoran ini juga menyediakan pelbagai lagi menu yang lain.

 

6. Restoran Erhan

Restoran Erhan IstanbulRestoran ini dibuka sehingga tepat jam 12.00 malam waktu tempatan Istanbul. Pelbagai makanan tradisional Turki dalam senarai menu yang diberikan dengan hidangan sampingan the dan buah-buahan diberikan secara percuma. Pekerja restoran sangat mesra dalam memebrikan layanan.

Restoran Erhan Istanbul TurkiPersekitaran restoran ini juga sangat tenang dan menyenangkan.

 

7. Garden Mezze

Garden Mezze Istanbul TurkiDestinasi menarik untuk makan tenghari dan makan malam anda. Hospitaliti dan menu yang diberikan sangat di luar jangka anda. Meskipun harga makanan agak tinggi berbanding restoran lain namun berbaloi dengan suasana dan makanan menarik. Definisi ‘makanan sedap’ diterangkan melalui setiap hidangan yang disajikan.

 

8. Old Ottoman Café & Restaurant

Old Ottoman Café & Restaurant Istanbul TurkiBagi menjimatkan masa anda untuk membuat keputusan dimana restoran yang anda patut kunjungi di Istanbul, datanglah ke Old ottoman Café & Restaurant. Banyak pilihan menu tenpatan turki yang sesuai untuk semua jenis selera Asia mahupun Eropah.

Old Ottoman Café & Restaurant IstanbulRestoran ini layak diberikan gelaran ‘Syurga Makanan Turki” kerana kepelbagaian makanannya.

 

9. Gulhane Sark Sofrasi

Gulhane Sark SofrasiNikmati hidangan sambil dilayan dengan muzik dan kakitangan restoran yang peramah. Kebanyakan pelancong datang untuk kali kedua hanya kerana hospitaliti yang diberikan. Pelbagai jenis menu. Ramai pelancong yang mencadangkan setiap yang datang untuk mencuba Lamb Chop dari restoran ini.

 

10. Roof Mezze 360

Roof Mezze 360 IstanbulTempah restoran ini lebih awal supaya anda boleh menikmati hidangan di luar(outdoor). Restoran ini mempunyai pemandangan terbaik Istanbul. Harga juga sangat berpatutan lebih-lebih lagi kerana mata wang negara kita lebih tinggi berbanding degan Turki. Sangat digalakkan untuk datang makan ke tempat ini sekiranya anda melawat ke Istanbul.

 

11. Bitlisli

Bitlisli Tempat Makan Best di Istanbul TurkiRamai blogger menyenaraikan restoran ini berada dalam senarai sepuluh restoran terbaik di Istanbul. Makanan yang enak dengan pelbagai pilihan. Namun perkara yang paling menarik tentunya susasana restoran dan juga pelayan yang memberikan layanan profesional. Restoran ini layak diberikan 5 bintang.

 

12. Beso Restaurant Bistro

Beso Restaurant Bistro Istanbul TurkiRestoran ini menghidangkan banyak makanan ala snek. Juga sangat digalakkan bagi penggemar salad kerana pelbagai jenis salad yang dihidangkan.Menariknya, restoran ini berusaha mengekalkan identiti hidangan Ottomans yang wujud semasa abad ke 14 hingga 18. Pengunjung yang datang ingin merasakan makanan yang penuh sejarah.

 

13. Sofya Kebab House

Sofya Kebab House Istanbul TurkiTidak perlu diterangkan lagi jenis menu yang dihidangkan oleh restoran ini. Saiz restoran yang agak kecil namun sangat mementingkan kualiti makanan. Walaupun kebab merupakan hidangan utama namun masih terdapat beberapa makanan lain yang terdapat dalam menu.

 

14. Turk Art Terrace Restaurant

Turk Art Terrace Restaurant IstanbulSekiranya anda menginap di Turk Art Hotel Istanbul, restoran ini berada di tingkat 5. Mempunyai pemandangan jelas Masjid Biru dan Hagia Sofia. Harga makanan yang ditawarkan sekitar belasan hingga puluhan Lira. Makanan yang sangat murah bagi sebuah restoran dalam hotel.

 

15. Olive Anatolian Restaurant

Olive Anatolian Restaurant IstanbulLayanan dari kakitangan restoran sangat ramah dan profesional. Menghidangkan makanan tempatan dan juga luar. Pemandangan luar restoran juga sangat menarik.

Olive Anatolian Restaurant Istanbul TurkiJika datang ke restoran ini, pilihlah tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap.

 

16. Rainbow Café & Restaurant

Rainbow Café & Restaurant IstanbulDatang ke restoran ini dengan ‘warm-welcome’ daripada pelayan. Landskap di sekitar restoran ini sangat menarik . Pelbagai jenis hidangan tempatan disajikan. Tempat ini juga sangat mesra kepada golongan kurang upaya kerana infrastruktur restoran yang mudah dilalui tertuamnya bagi pengguna kerusi roda.

 

17. Constantine’s Ark Gurme Restaurant

Constantine’s Ark Gurme Restaurant IstanbulPelbagai pilihan menu seperti pasta, stik, makanan laut, dan minuman yang menarik. Tempat ini juga mempunyai banyak menu untuk vegetarian. Tidak ada hal lain selain menikmati makanan enak dan juga layanan staff yang sangat baik.

 

18. Bistro Chef Restaurant & Café

Bistro Chef Restaurant & Café IstanbulPelbagai jenis makanan dan minuman beridentitikan Turki boleh dipilih. Walaupun harga agak tinggi iaitu sekitar 120 Lira untuk dua orang namun mampu untuk anda rambang mata memilih makanan yang tertera di buku menu.

 

19. Café Rumist

Café Rumist Istanbul Turki

Lokasi restoran ini terletak tidak jauh dari Masjid Biru Kebanyakan yang datang memberikan 5 bintang bagi kafe kecil ini. Banyak pilihan pizza serta kebab. Menariknya makanan siap dalam tempoh yang sekejap. Restoran ini tidak menghidangkan alkohol.

 

20. Kroren Restaurant

Kroren Restaurant IstanbulRestoran ini hanya dibuka sehingga jam 11.00 malam waktu tempatan di Istanbul. Restoran ini menghidangkan makanan cina (Chinese food) yang terbaik di Istanbul. Sangat sesuai jika anda berada lama di Istanbul dan merindui selera Asia.

 

Setiap restoran yang anda kunjungi di Istanbul pasti akan mendapat layanan yang baik daripada pelayan. Kesemua tempat tempat makan best di Istanbul yang disenaraikan ini sangat mementingkan kualiti makanan dan kurang ‘makanan express’ ataupun makanan segera.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu percutian anda ke Turki nanti dan memberikan pengalaman yang lebih bermakna.

 

Lepas baca ni, tak ada rasa lapar ke? Atau, tak ada rasa nak pergi melancong ke Turki?

Memandu Kereta Di Turki

Tips Menyewa Kenderaan Dan Memandu Kereta Di Turki

Pengalaman untuk berada di Turki semestinya satu peluang yang sangat berharga. Sebelum datang sendiri ke negara ini, anda mungkin merancang sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong ataupun ingin bergerak sendiri. Namun ada dikalangan kita yang lebih selesa untuk bergerak sendiri dengan menyewa kenderaan dan memandu kereta di Turki.

 

Banyak tempat menarik di Turki terutamanya Istanbul yang boleh dilawati menggunakan kenderaan terutama sekali musim bunga dan musim sejuk meamng sangat meriah suasana di Istanbul, Turki.

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di TurkiTips Menyewa Kenderaan Dan Memandu Kereta Di Turki

Pelancong yang ingin menyewa kenderaan apabila datang ke Turki pastinya mempunyai alasan sendiri untuk melakukanya. Antaranya ialah ingin mendapatkan kebebasan tanpa perlu mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pakej pelancongan. Selain itu pelancong ingin merasa sendiri kehidupan harian penduduk tempatan dengan memandu sendiri di negara ini.

Bagaimana Nak Sewa Kereta di Turki

Sebelum mengambil keputusan, beberapa perkara ini harus anda ketahui iaitu bagaimana untuk menyewa kenderaan dan juga perkara yang wajib kita ketahui sebelum memulakan pemanduan.

 

Kereta Sewa Airport Istanbul TurkiApabila membuat keputusan untuk memandu kereta di Turki dan menyewa kereta, kita perlu mencari syarikat yang memberi perkhidmatan ini. Mencari kereta sewa di Turki tidaklah begitu sukar kerana selepas saja anda mendarat di lapangan terbang, terdapat kaunter khas yang boleh anda dapatkan perkhidmatan ini.

Beberapa perkhidmatan lain juga anda boleh layari terus laman web di bawah agar anda melihat terus harga dan juga jenis kereta sesuai dengan kapasiti yang anda perlukan.

TurkeycarTurkeycar.com

RentalcarsRentalcars.com

Zipcar TurkeyZipcar.com.tr

Tips memandu Kereta di Turki

Bagi yang pertama kali, kami berkongsi tips khas untuk memandu kereta di Turki. Beberapa perkara berikut penting untuk anda ketahui semasa memulakan pemanduan di Turki.

 

Persediaan

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah sesuaikan gaya pemanduan anda terlebih dahulu. Pastikan dimana kedudukan lampu isyarat kereta dan fahami sistem kereta yang anda gunakan terlebih dahulu. Periksa jenis minyak yang digunakan sama ada menggunakan petrol ataupun diesel. Anda juga mungkin akan diberikan bayaran perkhidmatan insurans oleh syarikat sewa kereta.

Highway dan Tol di Istanbul

Tol

Pastikan juga kereta yang anda sewa mempunyai pelekat HGS (sejenis pelekat cip electronic) yang bertujuan sebagai medium untuk membayar tol lebuhraya. Kesemua lebuhraya di Turki menggunakan sistem ini untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas. Wang tunai ataupun kad kredit tidak akan diterima dalam urusniaga pembayaran tol di turki. Sistem HGS ini adalah sistem prabayar. Kredit HGS anda akan dipotong dengan kadar tertentu setiap kali anda melintasi tol. Tambah nilai juga hanya boleh dilakukan di cawangan PTT (Pejabat Pos dengan logo berwarna Kuning) dan stesyen minyak.

 

Peraturan

Kedudukan pemandu dan kedudukan kenderaan atas jalan di Turki adalah berbeza dengan Malaysia. Pemandu berada di sebelah kiri kenderaan. Manakala kenderaan pula perlu bergerak di sebelah kanan jalan. Jika jalan tersebut adalah lebuhraya yang melebihi satu lorong, kenderaan yang bergerak perlahan perlu berada di sebelah kanan. Manakala posisi kenderaan laju ataupun memotong adalah sebelah kiri. Jika anda kali pertama memandu mengikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran. Manakala peraturan lainnya hampir sama seperti peraturan memandu di Malaysia iaitu memakai tali pinggang keledar, mematuhi had laju yang ditetapkan, dan pemandu haruslah sekurang-kurangnya berusia 18 tahun.

 

Dokumen

Jika anda tidak mempunyai lesen memandu antarabangsa, tidak menjadi masalah kerana anda boleh menggunakan lesen  yang dikeluarkan oleh JPJ untuk memandu di Turki. Hanya pastikan tarikh sah lesen memandu belum luput.

Galata Bridge Istanbul Turki

Navigasi

Sistem GPS di Turki sangat baik. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk anda menggunakan aplikasi GPS untuk panduan arah. Jika menggunakan telefon pintar, penggunaan data sellular dalam mod roaming mungkin terlalu mahal. Anda disarankan untuk membeli salah satu pakej sim kad Turki. Kebiasaannya pelancong akan memilih Turkcell. Jika anda merupakan pelancong tegar, lebih baik jika anda mempunyai alat GPS seperti TomTom dataupun Garmin. Namun menggunakan telefon pintar sudah cukup baik.

 

Waktu Puncak

Kesesakan laulintas akan merugikan masa anda untuk melawat tempat yang sudah anda rancang untuk dituju. Mengetahui waktu puncak sesebuah tempat adalah sangat penting. Anda tidak akan mahu untuk terperangkap dalam kesesakan laulintas yang teruk dan membuang banyak masa berada di kereta. Di Istanbul waktu puncak adalah 08.00 pagi hingga 10.00 pagi serta 05.00 petang hingga 08.00 malam. Seboleh-bolehnya elakkan memandu pada waktu tersebut. Pada masa musim panas, keadaan lalulintas adalah lebih baik kerana faktor musim cuti sekolah.

 

Keselamatan

Berhati-hatilah ketika memandu agar tidak terjadi sebarang kemalangan. Apabila berlaku sebarang kemalangan, anda perlu tahu siapa yang perlu dihubungi. Sila dail 112 untuk panggilan hospital/ambulans dan 115/154 untuk bantuan polis trafik. Sila maklumkan juga syarikat yang menyewakan kenderaan kepada anda agar mereka dapat memberikan bantuan.

Tanda Jalan di Turki

Papan Tanda

Walaupun papan tanda lalulintas di Turki mempunyai simbol untuk anda faham, disarankan juga untuk mempelajari beberapa perkataan Turki yang sering digunakan dalam papan tanda bagi mengelakkan anda melanggar sebarang peraturan jalan raya.

 

Giremez – Dilarang Masuk

Yavas – Perlahan

Park yapilmaz – Dilarang Parking

Yol kapali – Jalan Ditutup

Dikkat – Awas

Bozuk Satih – Permukaan tidak rata

Dur – Berhenti

Tamirat – pembaikan jalan

Tek Yon – Jalan Sehala

Yaya gecidi – laluan pejalan kaki

 

Sebaiknya juga anda perlu tahu perkataan asas bahasa komunikasi harian Turki seperti menyapa dan bertanyakan arah. Ini akan membantu anda jika anda mempunyai masalah pemanduan dan juga ketika ingin bertanyakan arah. Jangan risau orang Turki peramah.

 

Tepuk dada Tanya Selera

Menyewa dan memandu kereta sendiri di Turki mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Anda mungkin dapat kepuasan yang maksimum dengan memandu kereta di Turki kerana dapat mengatur masa dan perjalanan sendiri namun dalam masa yang sama kos yang anda perlu keluarkan adalah lebih tinggi, bahkan mengundang masalah apabila berlaku sebarang kemalangan.

Melancong Ke istanbul

Kemalangan yang tidak diingini di jalan raya dapat diatasi jika anda menjaga jarak anda dan kereta di hadapan dan memandu dengan lebih berhati-hati.

 

Rancang Percutian Ke Turki Anda Sekarang

Sekiranya anda mempunyai perancangan ke Turki dan mencari pakej pelancongan ke turki boleh hubungi kami di talian 0178202010 – Ustaz Hakim untuk mendapatkan maklumat berkenaan pakej ke Turki. Tempah awal bagi mengelakkan perancangan anda terhalang dek kerana kehabisan tiket dan juga seat pakej.